Selamat Tinggal Esprit

Siapa suka beli baju di ESPRIT? 

Sedihnyaa, ESPRIT akan ditutup di seluruh Asia termasuk Malaysia pada akhir bulan Jun.  Butik Esprit telah bertapak di Malaysia sejak 1995 lagi tau uols’, dah 25 tahun lamanya.

Menurut South China Morning Post, sebanyak 52 butik di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau akan ditutup menjelang 30 Jun ini.  Dikhabarkan keputusan itu telah dibuat bagi menstruktur semula syarikat untuk memberi tumpuan kepada sumber dan menilai semula operasi semasa penularan wabak Covid 19.

Walaubagaimanapun, lesen perniagaan dan borong di Asia akan diteruskan termasuk perniagaan usaha sama dengan China, dalam masa yang sama Esprit akan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya di Eropah.

Sumber : World of Buzz