Siapa Kata Plus Size Tak Boleh Bergaya?

Prinsip kami di CuteCarry siapapun anda, kalau anda ada keinginan anda layak menjadi cantik. Semua orang boleh bergaya termasuklah anda si cantik “PLUS SIZE” ✨

Jom CuteCarry nak kongsikan tips gaya istimewa hanya untuk anda.

1. PILIH MATERIAL COTTON & CREPE

Pertama sekali pemilihan fabrik pakaian. Anda kena tahu pilih jenis fabrik yang sesuai dan selesa dengan anda. Saranan kami pilih material jenis cotton & crepe. Material jenis ini ‘best’ sebab tak senang melekat pada badan anda. Anda akan nampak kurus dan kemas.

Elakkan daripada fabrik kain yang jenis ringan, lembut dan licin seperti lycra dan jersey. Material sebegini melekap di badan dan mengikut bentuk badan. Ini adalah big ‘NO’ daripada kami untuk anda si cantik plus size.

Kain seperti cotton dan crepe merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Barulah selesa 👍🏻

2. CORAK PADA BAJU MESTILAH MINIMALIS

Tak dinafikan corak pada sesuatu pakaian merupakan elemen yang akan membuat sesuatu pakaian itu nampak lebih menarik. Tapi anda kena pastikan corak pada baju itu minimalis. Jangan pilih corak yang besar.

Sebagai contoh jika anda memilih corak bunga pastikan bunga tersebut tidak terlalu menonjol dan mesti “simple”. Corak bunga yang kecil-kecil pun dah cukup cantik untuk anda .

Tips tambahan, jika anda suka memakai pakaian yang bercorak stripe, anda kena pilih stripe yang menegak dan tidak terlalu besar, kalau tak lagilah anda nampak tak kemas dan tak elok nanti, percayalah cakap admin.

Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai stripe admin ada selitkan video tau, jadi anda janganlah segan-segan untuk tengok.😎

3. PAKAI DRESS BERTINGKAT

Kalau anda nak tutup perut, satu trick silap mata admin boleh bagi cewahh.. adalah anda disarankan pakai dress yang bertingkat. Dress seperti ini mampu buat anda nampak langsing dan lebih cantik.

kalau anda tak ada dress jenis bertingkat cadangan admin anda kena ada, barulah lah lengkap almari pakaian anda.

Sumber: Honey Jebat

Selain dress bertingkat, anda boleh cuba “ruffle blouse. Mesti menarik kalau anda pakai. Confirm terkejut Makcik Senah tengok anda dah makin bergaya 😆

Tak susah nak bergaya, semuanya terletak di tangan anda. Kami tak dapat nafikan yang mulut orang ni kadang tu memang menyakitkan hati tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda tampil cantik dan bergaya.

Suka kami ingatkan, dahulukan kebahagiaan diri anda, barulah orang sekeliling anda. Apa yang penting anda gembira dengan apa yang anda pakai 😊

SELAMAT MENCUBA!