
Siapa Kata Plus Size Tak Boleh Bergaya?
28 Jun 2022
Foundation Buruan Wanita Cantik.
7 Julai 2022![]() |
Antara perkara yang saya buat sebelum berurusan dengan pelanggan ialah “beli jiwa” mereka terlebih dahulu. Inilah yang dinamakan Komunikasi Pelanggan ?. Baru-baru ini, saya telah memberi Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang & Komunikasi Pelanggan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Langkawi. |
![]() |
Kepuasan pelanggan merupakan tanda aras bagi sesebuah organisasi sama ada produk/servis mereka bagus atau pun tidak. Inilah yang menjadi antara topik penting bagi kursus ini dan dengan “membeli jiwa pelanggan”, kepuasan pelanggan mampu dicapai ✨ Tapi tak semua pelanggan akan berpuas hati dengan produk/servis yang ditawarkan….. |
![]() |
“Good client is a memory” Ya, klien yang berpuas hati dengan kita pastinya senang diingati. Ia bermaksud anda telah memenuhi keperluan mereka. “Bad client is an experience” Jika pelanggan tidak berpuas hati, ia merupakan satu pengalaman. Dan pengalaman itu mampu memberi ruang penambahbaikan terhadap kualiti produk & servis. “Worst client is a lesson” Tapi ada juga pelanggan yang memberi kesan negatif atau “pengajaran” kepada sesebuah organisasi. Namun, pengajaran ini mampu membawa kepada satu peluang ? |
![]() |
![]() |
Itulah serba sedikit berkenaan Komunikasi Pelanggan. Saya gembira dapat berkongsi ilmu ini kepada warga JPJ. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tak lupa juga kepada urus setia, thank you so much!!!❤ |
Love, Hafiz Mustapha CuteCarry ❤️ |
Jom jemput CuteCarry ke organisasi anda. Sila hubungi kami di: Email: training@cutecarry.com cutecarry@yahoo.com No. telefon: 019-337 6807 019-329 0397 03-8940 6807 http://www.cutecarry.com |