Review Relex Smile by Prof Muhaya – tiada lagi cermin mata dan kanta lekap!

Tiada apa yang lebih MENGGEMBIRAKAN bila seorang yang rabun tidak perlu memakai contact lenses dan cermin mata. Saya telah memakai cermin mata seawal menuntut di universiti lagi. Ia adalah perkara yang paling saya kurang suka kerana saya tidak boleh memakai cermin mata gelap (sunglasses). Cermin mata pula perlulah bersesuaian dengan bentuk muka kan… masih teringat ketika menghadiri kuliah dan terlupa membawa cermin mata, jika sampai lambat dan terpaksa duduk di belakang, bermakna sia-sia sahajalah ke lecture sebab rabun jauh! Di alam pekerjaan, saya mula memakai contact lenses. Bertahun-tahun memakainya kerana saya rasa wajah nampak lebih ‘segar dan muda’ tanpa cermin mata dan stylo bila memakai sunglasses (cermin mata hitam). Pemakaian sunglasses menjadi identiti saya kerana dipakai siang dan malam.

I am an image consultant with sunglasses day and night. Tetapi dalam stylo dan terasa ‘sexy’ ada seksa. Contact lenses kadang kala menyebabkan mata mendapat jangkitan jika digunakan dalam jangka masa lama atau kurang bersih. Saya tahan seksa tersebut. Beberapa kali mata terkena jangkitan tetapi atas dasar GAYA saya terus memakainya.

STYLE IS PAIN!

Sehinggalah saya terbaca review berkenaan dengan LASIK oleh Prof Muhaya. Beberapa tahun saya tahan untuk berjumpa Prof kerana takut dengan prosedur. Siapa tak takut kan sebab melibatkan mata. Silap haribulan buta pula.. takut!!!

Tetapi beberapa rakan saya telah mencuba dan mereka semua memuji dan menyatakan selepas menjalani LASIK oleh Prof Muhaya terus mata terang benderang!

Akhirnya saya akur kerana saya tak sanggup hendak memakai contact lenses. I am a very busy businessman. Saya bekerja hampir 7 hari seminggu (erm..maybe a few days break in a month) dan travel / outstation ke sana ke mari untuk mengendalikan  latihan dan kelas. Kadang kala jika terlupa bawa cermin mata memang seksa sebab rabun. Jika tertidur semasa memakai contact lenses dalam flight terasa azabnya!

Pada suatu pagi ketika menunggu kereta untuk diservis saya cuba menghubungi Klinik Prof Muhaya & LASIK Centre. Rezeki berpihak kepada saya kerana masih ada slot kosong pada pagi tersebut. Selesai kereta diservis, saya memasang waze dan menuju ke lokasi nya di Kajang. Pendaftaran dibuat dan saya diterangkan berkenaan dengan prosedur yang dibuat ialah LASIK atau RELEX SMILE.

I know what is LASIK but what is RELEX SMILE?

Sebenarnya RELEX SMILE ialah satu prosedur seperti LASIk tetapi lebih ADVANCE. Ia adalah salah satu cara terbaru untuk memperbaiki penglihatan.

Tanpa berfikir panjang saya berkata ‘WHY NOT…” (impulse decision sangat!)

Sebelum prosedur dibuat saya menjalani beberapa peringkat ujian oleh kakitangan klinik untuk melihat adakah mata sesuai untuk dibuat LASIK atau RELEX. Ia mengambil masa yang agak lama kerana pemeriksaan yang amat teliti dibuat. Walaupun begitu, sepanjang pemeriksaan dijalankan dihidangkan dengan makanan dan minuman ringan. Pertama kali klinik ada refreshment you!

Sesi terakhir ialah bersama Prof Muhaya. Beliau masih ingat saya (am honoured!) kerana saya pernah hadir perasmian butik Modest Culture pada suatu ketika dahulu. Kita berbual dan setelah pemeriksaan dibuat beliau menyatakan bahawa saya telah bersedia untuk menjalani prosedur RELEX.

 

Macam runway Comme Des Garcons pulak kan.. LOL. Inilah pakaian untuk ke bilik prosedur.

 

Bilik untuk prosedur dibuat didalam suasana yang selesa dan paling menarik ialah dilakukan dalam tempoh sekitar 10-15 minit sahaja. Ahli keluarga boleh melihat ketika rawatan dijalankan melalui cermin ditepi bilik prosedur. Sepanjang rawatan dijalankan, Prof berdoa, menggunakan ayat-ayat al-quran dan beliau memuji saya amat tenang dan positif. Yes.. hidup kena positif.

 

Alhamdulillah saya kini dapat melihat dengan terang dan tidak menggunakan cermin mata atau contact lenses.

My first photo with my new eyes with the lady… Prof Muhaya.

Ini adalah FAQ (frequent asked questions) yang selalu ditujukan kepada saya berkenaan pengalaman saya.

1. Adakah ia sakit?
Tidak sakit langsung! Saya hampir tidak merasai apa-apa ketika prosedur dijalankan.

2. Berapa lama prosedur dijalankan?
Sekitar 10-15 minit sahaja. Tetapi masa untuk membuat pemeriksaan sebelum prosedur dijalankan agak lama.

3. Adakah rabun kita akan hilang setelah prosedur dijalankan?
Ia bergantung pada individu. Rakan saya boleh nampak terang tanpa rabun setelah hanya beberapa jam prosedur dijalankan manakala saya mengambil beberapa hari.

4. Apakah saya perlu buat sebelum menjalani prosedur?
Jangan pakai contact lenses / kanta lekap sekurang-kurangnya dua minggu sebelum prosedur dijalankan.

5. Apakah yang perlu dibuat setelah prosedur dijalankan?

Ikut arahan yang diberikan terutamanya berkenaan ubat titik kedalam mata. Jika anda tidak disiplin, mungkin lambat hendak nampak terang benderang (macam saya..tak disiplin sangat!)

 

Saya bersama Prof Muhaya dan dua orang assistants saya iaitu Nadjme dan Hidayah. Mereka berdua adalah orang kuat saya. Tanpa mereka memang susah hidup saya!

6. Adakah kita perlu membawa kawan atau orang lain semasa prosedur dijalankan?

Wajib. Ini adalah kerana mata anda mungkin akan menjadi rabun sejurus selepas prosedur dijalankan disebabkan oleh ubat titik. Oleh itu, anda tidak boleh memandu. Nasib baik my assistants teman saya dan memandu saya balik ke rumah.

7. Bolehkah bawa ahli keluarga?

Of course you can. Refer to No 6 for other reason why you should bring someone.

8. Kos untuk rawatan ini?

Ia bergantung pada beberapa faktor. Anda kena datang dan memeriksa untuk menentukan keadaan mata anda.

9. Adakah saya mencadangkan anda supaya menjalani rawatan ini?

SEMESTINYA. Highly recommended Anda tidak akan menyesal.

 

Saya ‘menghadiahkan’ mata saya dengan bercuti ke Egypt. Ini adalah percutian pertama saya tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap.  Siapa yang sentiasa pakai contact lenses waktu bercuti tahulah azabnya. So, bila dah tak rabun besttt!!! Gembiranya dapat melihat keindahan keagungan tamadun purba dengan ‘mata baru’  disamping menyambut hari lahir disana. Alhamdulillah saya memilih untuk menjalani RELEX SMILE Prof Muhaya. Kenikmatan tanpa rabun adalah yang terbaik untuk saya!

Alamat Eye Centre:
PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE,
S 29, GROUND FLOOR PEARL AVENUE,
JALAN PASIR EMAS, SG. CHUA,
43000 KAJANG, SELANGOR
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-87410046/017-2682300.