Branding untuk AGEN INSURANS (Kursus bersama Etiqa Takaful)
17 Mei 2015Apa hendak buat jika terpakai baju terbalik? (Kursus bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah – PKNK)
19 Mei 2015Pernahkah anda dituduh sebagai melupakan rakan-rakan? Jika pernah adakah anda bersetuju dengan tuduhan tersebut. Jika kita tidak melupakan rakan-rakan lama kenapakah kita dituduh sebegitu. Berkemungkinan kita ada buat sesuatu yang membuatkan kita dituduh melupakan rakan-rakan atau mungkin rakan-rakan tersebut yang tidak sedar yang kita melupakan mereka.
CuteCarry juga pernah mengalami peristiwa tersebut. Antara perkara yang telah dituduh ialah melupakan kawan-kawan setelah “BERJAYA”. Sebenarnya tiada niat langsung untuk melupakan mereka atas alasan telah ‘berjaya’. Perkara asas ialah saya belum lagi ‘berjaya’.Masih jauh lagi untuk dikatakan berjaya. Far-far and far away!
Rakan-rakan mungkin salah faham. Mereka ingat saya jarang keluar atau berhubung dan ini membuatkan mereka buat spekulasi saya sudah melupakan mereka. Tetapi sebenarnya saya tidak pernah melupakan mereka. Kadang-kadang terfikir juga adakah saya hanya yang patut telefon atau menghubungi mereka. Mereka langsung tidak pernah cuba untuk berhubung atau bertanya khabar dengan saya. Jika dilihat, saya hanya yang asyik whatapp dengan mereka. Lama kelamaan, hati pun jadi tawar.
Oh lupa..Yesss…. saya ingat mereka ada berhubung dengan saya. Masih segar dalam ingatan. Terutamanya bila hendak meminta pertolongan daripada segi kewangan. Ingat sangat ketika itu….
Ada diantara rakan yang bila sudah mendapat kekasih atau rakan-rakan lain memang agak melupakan kita. Ada seorang rakan yang bapanya meninggal dunia pun tidak memaklumkan kepada saya. Walhal, bila bapanya sakit sayalah orang yang sanggup membatalkan segala program untuk melawat bapanya yang sakit di Perak. Susah sangatkah hendak memberitahu melalui whatapps atau text yang bapanya sudah meninggal dunia. Saya hanya dapat tahu melalui rakan lain setelah sehari ia berlaku. Terkejut juga. Tetapi beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada ‘rakan istimewa’ dia. Boleh pula kan…
Saya tidak mengucapkan takziah kerana terlalu lambat. Saya mendapat tahu yang dia tiba-tiba ‘terasa’. Alamak… terkejut sungguh. Dia pun seminit pun tidak boleh nak text saya.
Ada juga rakan yang terlalu mementingkan ‘boyfriend’ atau ‘girlfreind’ sampai lupakan rakan lama. Hendak berjumpa pun punyalah susah. Alasan yang diberikan terlalu banyak sehinggakan kita pun terfikir-fikir apakah sebabnya. Kadang-kala tunggu seharian untuk keluar dengan dia tetapi sampai ke sudah tidak reply atau memberikan status boleh ke tidak hendak berjumpa. Hendak keluar sudah bersiap, dia pula kata ada hal nak teman kawan lain kerana sudah berjanji. Apakah perasaan anda?
Saya memang tidak pernah berkelakuan sedemikian kerana rakan susah dicari,tetapi kadang kala boyfriend atau girlfriend senang pergi dan senang datang. Mungkin?….
Tetapi sebenarnya saya memang tidak pernah berkecil hati. Kita semakin dewasa dan dapat berfikir dengan matang. Kita ada kerjaya sendiri, kita sama-sama sibuk. Jika mereka susah, saya memang tidak pernah melupakan mereka. Jika minta tolong rasanya sekali pun tidak pernah dihampakan.
Tips untuk menghadapi perkara tersebut.
i. Jangan terlalu menyuruh rakan tersebut untuk berubah, kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubah mereka. Kita hanya boleh berdoa.
ii. Jangan terlalu sentap atau menyalahkan diri sendiri. Jika kita tidak buat salah, kenapa perlu berasa susah hati.
iii. Lapangkan hati kerana buat apa hendak mengharapkan rakan-rakan yang tidak menghargai kita.
iv. Move on, jangan bergaduh atau mengumpat rakan tersebut. Salurkan tenaga anda kepada perkara yang lebih berfaedah daripada asyik teringatkan rakan yang tidak menghargai kita.
Bukti yang saya tidak pernah melupakan rakan lama ialah ramai rakan-rakan yang masih mengingati saya. Ketika saya mengadakan kursus Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Rakan-rakan lama Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang bertugas bersama-sama datang melawat CuteCarry.
Sebagai seorang bekas PTD yang telah berkhidmat selama 10 tahun, kawan memang ramai. Gred ketika meletakkan jawatan untuk menumpukan kepada perniagaan adalah Gred M48. Tiga gred telah dikecapi iaitu M41, M44 dan M48.
Rakan-rakan ketika bekerja memang ramai dan saya tidak pernah melupakan rakan-rakan. Thank you very much!!
Terharu I mereka sanggup meluangkan masa untuk berjumpa CuteCarry. Tqvm!
Beautiful day with beautiful people. Seminar sehari Aspirasi Setiausaha bersama CuteCarry utk Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.
Terima kasih kepada JPA kerana kepercayaan yang diberikan. Moga kita dapat bekerjasa lagi di lain masa. Ini bukanlah kali pertama CuteCarry bersama mereka, sudah beberapa kali dijemput untuk mengendalikan kursus untuk Bahagian-Bahagian dibawah JPA. Alhamdulillah…
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA