
AWAL & SAKINAH LAWAN BALIK
3 October 2018
KESALAHAN PILIH BRA YANG PEREMPUAN SELALU BUAT
4 October 2018Kalau ke Sushi King atas conveyer belt tu terus nampak ni.. nak ambik tak?
Cuba la uols…
Dikenali sebagai butod di Sabah dan panggilan lain iaitu ulat mulong oleh orang Sarawak. Di Semenanjung Malaysia pula, dipanggil ulat sagu. Banyak betul panggilan nama ulat ini ya, sangat terkenal!
Ia adalah makanan tradisi beberapa bangsa di Sabah dan Sarawak. Keenakan rasa ulat sagu itu, seperti rasa kelapa tua. Manis-manis lemak agaknya. Sangat menyelerakan bagi penggemaran ulat butod ini.
Sushi butod ini dijual pertama di Sabah disebuah restoren popular dengan harga RM15.90 untuk 3 ketul. Wah berbaloi sebab ulat butod inikan gebu-gebu, pasti kenyang!
Ada beberapa lagi juadah yang disediakan di dalam restoran ini,
Selain sushi, ada juga butod pizza, butod tumis, butod goreng serta menu baru yang paling win adalah cake butod!
Mesti rasanya manis-manis kenyal. Bolehlah celebrate anniversary disini nanti ya… Rare!
Jika anda ingin mencuba pelbagai juadah dari ulat butod ini boleh cuba singgah di D’place Kinabalu, Sabah.
Peringatan kepada semua, jika tidak suka kepada makanan ini sekalipun. Jangan kata geli mahupun kutuk makanan disetiap negeri. Itulah tradisi makanan mereka.
Setiap bangsa lain makanan tradisi dan kegemaran. Bukan semua orang suka tempoyak, bukan semua orang suka tempe, bukan semua orang suka cencaluk. Hormat lah makanan tradisi bangsa lain…
Seriously, bila CC ke Sabah nanti nak makan butod ni! Nyummy…
———————————-
Untuk jemputan mengendalikan seminar.
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
Hubungi : training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com