
Badan Gemuk Pun Cantik, Anda Nak Tahu Kenapa?
18 Mei 2022
Brand Mahal Tak Semestinya Berkualiti?
25 Mei 2022SERI KEMBANGAN-Bermula hanya dari suka-suka siapa sangka kini CuteCarry telah mencapai 100k pengikutnya di tiktok dengan tanda suka sehingga 1 juta likes. Pengasas CuteCarry, En Hafiz Mustapha seorang pakar perundingan imej disini, tidak menyangka video beliau bakal mendapat sambutan sehebat ini.
Memulakan video pertama beliau pada tahun 2020 dengan tajuk ‘Hijab Mengikut Bentuk Muka’.
Beliau berkata pada mulanya beliau hanya ingin menyampaikan ilmu tentang pengayaan tudung secara suka-suka melalui medium video pendek
@cutecarry Nak tau tils banyak lagi tak? Haha
♬ bunyi asal – cutecarry – CuteCarry
Tidak hanya memfokuskan tentang perkongsian tips pengayaan dan imej, beliau juga berkongsi mengenai etiket sosial, perniagaan, isu viral dan ilmu professional.
Video tiktok CuteCarry ‘Etiket Cicah Nugget’ yang telah mencapai hampir 1 juta tontonan menjadi tarikan ramai .
Mengenai video beliau yang pernah viral tersebut ramai berpendapat bahawa ilmu etiket sosial sangat penting, namun masih ramai belum menguasai etiket sosial yang betul kerana kurang kesedaran mengenai kepentingan adab walaupun hanya di meja makan.
@cutecarry Answer @tiktok Terima kasih pada my niece/anak saudara yang rakam dan ajar i edit tiktok. Juga @saidsaifulfazli yang perkenalan dunia tiktok to me.
♬ Hung Up (SDP Extended Vocal) [Edit] – Madonna
Ditanyakan mengenai komen-komen negatif di tiktok beliau tidak mudah melatah dan terasa dengan komen netizen, serta lebih suka melihat dari sudut positif sebagai penyuntik semangat untuk beliau berkongsi lebih banyak video yang berilmu seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat.
‘Ambil yang jernih buang yang keruh, itu pentingnya niat kerana bermula dengan niat yang baik pasti diberi pulangan yang lumayan’ ujar beliau.
Bermula Dengan Niat Yang Baik, Pasti diberi Pulangan Yang Baik
Hafiz Mustapha

Kami dari team CuteCarry ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat para penyokong dan pengikut kami dari dulu sehingga kini kerana tak putus-putus memberi semangat dan dorongan, tanpa anda siapalah kami.
Akhir kata dari saya Hann Rahman dari team sosial media CuteCarry, kalau ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berceloteh lagi. #lovecutecarry