Birthday CuteCarry bersama-sama sahabat, anak yatim dan bikers!

Ramadan ini merupakan bulan yang amat istimewa untuk CuteCarry kerana ia jatuh pada bulan Ramadan. Umur semakin meningkat dan ada yang kata adakah CuteCarry berasa takut sebab semakin tua? Frankly, I’m kinda excited. Tidak ada perasaan takut cuma perasaan gementar sebab menyusun strategi supaya perniagaan semakin hari semakin berkembang dan maju.

Age is just a number? OF COURSE NOT!!!! Age is not just a number. It should come with a level of maturity, slow metabolism rate and energy plus we need extra collagen and anything for our skin.

Sambutan tarikh lahir pertama ialah (pada 15 Julai) dengan simple buka puasa cum birthday party oleh seseorang yang CuteCarry kenali. Ia diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Sorry, atas sebab-sebab tertentu, gambar yang lain tidak disiarkan.:p

Sambutan kedua ialah di Dancing Fish, Bangsar Shopping Complex (BSC) bersama-sama dengan rakan perunding imej. CuteCarry bersama-sama dengan Aziah Jasmin (bekas pengacara TV3, sekarang Presiden AICI Malaysia), Jazzmine (make up artist dulu based kat New York tapi now based kat Malaysia dan yang bertudung tu Datin Azrene Ahmad. Thank you girls. Luv-luv luv ya..

Sambutan yang paling bermakna ialah CuteCarry bersama-sama dengan penghuni Rumah Kebajikan dan Bimbingan Anak Yatim At-Taqwa, Puchong. CuteCarry telah buat shout out dalam facebook dan twitter tentang projek Cutecarry untuk mengutip menderma demi penghuni-penghuni tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang amat menggalakkan. 100% daripada sumbangan telah didermakan pada rumah tersebut. Majlis berbuka puasa juga telah diadakan bersama-sama penghuni dan jemputan (mereka yang menderma).


C for CuteCarry!



Paling best ialah sekumpulan bikers yang datang menghiburkan hati anak-anak tersebut dengan membawa mereka jalan-jalan sekitar taman perumahan. CuteCarry hendak juga naik motor tapi dibatalkan sebab takut koyak pula jubah putih tu.. lagipun konsep ramadan kan, mestilah sentiasa sopan!

BERMINAT MENDERMA PADA RUMAH ANAK YATIM, BOLEH CALL USTAZAH NORHAYATI DI TALIAN 013 271 4595 MAYBANK ACCT: 562 777 212 577 (PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT -TAQWA

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=0dZEa5iAWqY[/youtube]

Best kan dengar bunyi motor yang berharga puluhan atau ratusan ribu tu?