Entry tahun ke 6 CuteCarry.com: Perubahan perlu dalam hidup!!!

Ini adalah rupa terbaru CuteCarry. Geek, oversized glasses and supershort but not army short cut.

1

Yay or nay? If nay pun ok, yay pun ok. Just a lil bit of refreshing my style. Some will like it and some will loathe it kan. So, setakat ini CuteCarry happy dengan look ini. Tidak tahu sampai bila akan bertahan.  Victoria Beckham bersalah didalam hal ini, sebab bila tengok dia pakai waktu tengah fitting modelnya terus nak cuba!

Sejak akhir-akhir ini CuteCarry amat jarang untuk mengupdate blog. Kalau update pun hanya berkenaan dengan apakah aktiviti kerja dan perniagaan  CuteCarry seperti menganjurkan kelas atau latihan. Blog ini juga telah beralih daripada melaporkan berkenaan event, fashion shows atau berkaitan artis kepada lebih untuk aktiviti CuteCarry sendiri yang syok sendiri.

CuteCarry juga agak “berdiam diri”. Ramai rakan-rakan didalam bidang fesyen atau hiburan ada bertanya kemana CuteCarry pergi. Terharu juga bila ada orang bertanya cam tu. Ingatkan sudah lupa.

Sebenarnya, CuteCarry masih aktif didalam bidang fesyen dan masih berminat untuk menjadi blogger. Perubahan hanyalah CuteCarry lebih memfokuskan kepada perniagaan CuteCarry. Sibuk yang teramat kerana perniagaan CuteCarry amat memerlukan TLC (tender, loving, care) CuteCarry.

CuteCarry.com ini adalah satu perniagaan yang memfokuskan kepada latihan kepada individu, organisasi korporat dan swasta. Masa amatlah berharga kerana terpaksa berkejar kesana dan ke mari conduct training.  Hendak udpate blog pun hampir tiada masa. Malah, masa untuk diri sendiri juga tiada. Oleh itu, masa untuk menghadiri event, parties atau fashion shows juga amat kurang.

Perubahan adalah perlu untuk hidup. Jika dahulu Cutecarry hanya posing dengan artis sana sini tetapi sekarang Cutecarry melalui satu fasa yang berlainan. Takkanlah CuteCarry hendak tergedik-gedik di event  sampai ke tua kan (orang pun naik geli nanti!). Tetapi CuteCarry tidak menafikan yang penglibatan CuteCarry dalam dunia event, artis dan sebagainya banyak membantu perniagaan Cutecarry.

Tahun 2013 adalah tahun ke enam CuteCarry menjadi blogger. Rasanya tua ya amat kan. Ada orang cakap age is just a number… ye lah sangat just a number, cuba tengok muka tu mesti ada ubah sikit. Aga is not just a number!

Peningkatan usia juga memerlukan kita perlu berubah ke fasa yang lebih baik. Perkembangan kerjaya adalah target utama CuteCarry. Adalah amat malang jika Cutecarry masih berada di tahap yang sama seperti enam tahun yang lepas. Sebab itulah CuteCarry sentiasa bermotivasi untuk berubah ke arah yang lebih positif. Pendapatan juga harus bertambah, kalau duit tidak mencukupi itu bukanlah perubahan yang positif. Kehidupan sekarang semua memerlukan duit, hendak berjalan sejengkal pun kena duit!

Jika hidup sama seperti beberapa tahun lepas, pendapatan pun naik tidak seberapa, masih tidak mempunyai sesuatu yang dibanggakan dan sebagainya, mungkin  patut melakukan perubahan drastik. Ia bermula daripada diri sendiri. Positifkan dirimu!

Perniagaan CuteCarry pun bertambah baik. Syukur alhamdulillah. Jika hendak mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, email cutecarry@yahoo.com atau call 0193290397 atau sila click disini.

  1. Imej/Ketrampilan Diri ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  2. Protokol dan Etiket sosial
  3. Pengendalian Majlis
  4. Komunikasi
  5. Pengucapan Awam dan Pengacaraan
  6. Penulisan Teks Ucapan dan Laporan
  7. Pengurusan Pelanggan
  8. Persekitaran dan Amalan  5 S
  9. Daya Tarikan (Law Of Attraction)
  10. Pengurusan Tekanan/Stress
  11. Pengurusan Masa
  12. Pengurusan Kewangan Peribadi
  13. Pengurusan Kewangan Kerajaan

Blog ini juga tidak lama update kerana ada masalah teknikal, tetapi syukur alhamdulillah ia telah diselesaikan. Terima kasih kepada ‘orang teknikal’ Cutecarry. You know who you are!