CuteCarry’s style tip: Memilih bingkai cermin mata yang sesuai
2 June 2013Stylegasm: 24 jam di Kelantan..
5 June 2013Sejak beberapa minggu lepas, CuteCarry telah mendapat satu tetamu yang tidak diundang iaitu.. JERAWAT!!!
Imej diatas mungkin tidak begitu jelas kerana jerawat yang tumbuh ini bukanlah jerawat yang besar, tetapi jerawat jenis ruam-ruam yang scattered di atas dahi CuteCarry. Ini rasanya tidak lah patut berlaku kerana CuteCarry sudah pun melepasi zaman ketidakstabilan hormon waktu muda-muda. Kalau tidak stabil pun mungkin kerana middle life crisis. Erm… tetapi middle life crisis pun takkan lah hendak tumbuh jerawat, nak kata monopaus lambat lagi kut!
Yes..inilah yang ditelah setiap hari!! Kawan I cakap..nak kulit cantek muka flawless muda sentiasa punya pasal… lepas tu ada sorang kawan lagi jawab.. “cantek ke?” oppsss
Siasat dan siasat akhirnya dapatlah sebabnya kerana CuteCarry kurang minum air sejak akhir-akhir ini. Badan sentiasa panas kerana CuteCarry mengambil vitamin-vitamin dan makanan tambahan yang lain terutamanya fibre drink . Pengambilan makanan tambahan ini menyebankan badan panas skal di Malaysia! (kalau CuteCarry mengucapkan perkataan “panasnya”, ada je orang cakap “nanti neraka lagi panas”.. ehh..macam confident je CuteCarry masuk neraka tau..LOL) .
CuteCarry bukannya tidak suka minum air tetapi terlalu sibuk mengendalikan training dan menghadiri mesyuarat, jika banyak minum air, CuteCarry akan sentiasa hendak ke tandas, mana boleh tengah-tengah bagi talk minta excuse untuk ke tandas kan. TETAPI IA BUKAN EXCUSE UNTUK TIDAK MENJAGA KESIHATAN. Plus, jika kurang minum air komplikasi berlaku seperti masalah buah pinggang dan sebagainya. No,no and no. Kesihatan perlu dijaga!
Penyelesaiannya ialah CuteCarry akan minum air selepas habis training, dengan syarat bukan sebelum menempuh kesesakan lalulintas atau di pagi hari jam 5.45 pagi bangun tidur, cuba untuk minum seliter air.
Syukur alhamdulillah,sekarang ni jerawata makin berkurang….
So, jika anda rasa hairan kenapa banyak tumbuh jerawat, mungkinkah supplements penyebabnya?