Pengalaman mengubati jerawat penuh di muka

CuteCarry telah didatangi seorang perempuan selepas mengendalikan kelas imej dan protokol. Muka beliau penuh dengan jerawat dan sedih rasanya bila mendengar predicament/kisah sedih beliau tentang cabaran dia dalam menghadapi masalah jerawat.

Kesedihan tersebut adalah kerana CuteCarry pun pernah menghadapi masalah jerawat.


Maaf, muka dengan jerawat tidak akan disiarkan!

Antara pengalaman yang paling teruk dalam sejarah CuteCarry ialah pada beberapa tahun lepas (sebelum CuteCarry.com) dimulakan, muka CuteCarry penuh dengan jerawat. Ia adalah sesuatu yang amat memalukan, membunuh keyakinan CuteCarry dan juga seakan-akan memusnahkan seluruh kehidupan. I know some will think that I am over exaggerating but believe me, the acne was hideous!

Sesetangah orang mungkin menganggap jerawat perkara biasa tetapi bagaimana jika muka yang elok tiba-tiba ditumbuhi jerawat? Ia amat menyakitkan hati dan muka (sakit you, terutama bila pecah!). Setiap kali CuteCarry berjumpa rakan, ramai yang bertanya ‘kenapa muka naik jerawat?”, “teruknya muka!” malah ada yang berkata “geli tengok muka!”.

Emosi sangat terganggu.

Tidak kurang juga yang memberi pelbagai cadangan seperti berjumpa dengan doktor, cuci muka dengan bersih dan memberi nama produk-produk yang sesuai sehinggalah kepada berjumpa bomoh resdung!

MACAMLAH ORANG YANG TUMBUH JERAWAT TIDAK BERUSAHA..cadangan dialu-alukan tetapi tahukah anda mereka yang menghadapi masalah jerawat berusaha sepenuh hati untuk menghilangkan jerawat?

Letih sudah berusaha, beribu ringgit telah dihabiskan, tidak terbilang kali ke facial tetapi jerawat makin lama makin banyak..

Tekanan yang dialami CuteCarry terlalu tinggi sehinggakan CuteCarry berhenti berjumpa rakan, menghadiri majlis perkahwinan. It is the worst 5 months in my entire history.

CuteCarry sebenarnya sudah hampir berputus asa tetapi pada suatu hari, dermatologist (pakar kulit) yang CuteCarry selalu jumpa semakin hairan dengan keadaan kulit CuteCarry yang tidak sembuh-sembuh memberi satu ‘penyelesaian’ iaitu ubat yang diberi nama ACCUTANE keluaran ROCHE.

CuteCarry pun mengambil keputusan untuk mencuba ubat tersebut dan alhamdulillah, setelah memakan ubat tersebut, jerawat tidak tumbuh lagi sehinggalah sekarang!
Ubat itu memang ajaib.. (they called the product as “the miracle drug”).

Ubat tersebut hanya boleh didapati di dermatologist (pakar kulit). So, kepada yang mempunyai masalah jerawat yang terlalu teruk, apa kata berjumpa dengan doktor anda dan minta supaya dia berikan anda accutane.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=r93K-w2saPA[/youtube]

No harm trying.

ps: Ini bukan advertorial, CuteCarry tidak dibayar untuk entry ini. Ia hanya untuk membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat yang amat teruk. Good luck! Selepas jerawat, CuteCarry punya battle dengan masalah untuk menghilangkan parut. Tidak mengapa, kita bincang berkenaan isu menghilagkan parut di masa hadapan!