BEG LOUIS VUITTON UNTUK LETAK IKAN
4 April 2017Jenama POLO RALPH LAUREN dalam kerugian?
5 April 2017Nama dia Nizam. Dia seorang OKU yang hanya boleh menggerakkan jari akibat masalah saraf dan tulang. Pergerakan beliau dibantu oleh adik perempuannya. Beliau tidak boleh berjalan dan menghabiskan hidupnya di atas kerusi roda tetapi semangat beliau sehebat larian Usain Bolt. Usahawan ini telah mencapai jumlah jualan berjuta ringgit setahun. Beliau adalah anak didik Dr Azizan seperti saya. Semua program dia sertai. Nizam telah ke Jepun dan pelbagai tempat lagi untuk menyertai kelas-kelas usahawan. Bayangkan tidak dapat berjalan tetapi sudah merantau satu dunia dengan pendapatan jutaan ringgit.
Apakah alasan kita untuk tidak berjaya?
Dia ada beritahu pada saya yang dia pun bukannya terus berjaya. Dia pun pernah jatuh. Bukannya orang memberi sokongan sebab dia ni OKU. Produk jualannya bukannya ada tulis ‘dibuat oleh orang OKU’ pun. Dia berjaya kerana ada strategi dan kesungguhan.
Jika saya rasa seperti malas bekerja atau putus asa saya akan ingat orang seperti Nizam. Dia tidak mengeluh tetapi berusaha. Malanglah kiranya kita yang dikurniakan cukup sifat asyik memberikan alasan. Nizam menggunakan sepenuhnya ilmu pemasaran online. Saya pun kadang-kala malas betul nak belajar tapi dia amat gigih. Cita-cita Nizam ialah memberikan yang terbaik untuk keluarganya dan juga supaya kemudahan OKU di Malaysia dipertingkatkan.
Moga ia memberi inspirasi kepada kita!