Ku mengharapkan Ramadhan, kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui dengan sempurna.
Itulah lagu ‘Harapan Ramadhan’ oleh Man Bai dan kumpulan nasyid legend iaitu Raihan. Percayalah lagu ni akan selalu dimainkan dicorong-corong radio semasa bulan Ramadhan. Rasa tenang dan sayu je kalau dengar lagu ni.
Tanpa disedari, sekejap je kan dah nak masuk bulan Ramadhan, tapi pernah ke uols tanya diri sendiri, dah bersedia ke untuk menyambut Ramadhan?
Sepertimana yang semua tahu, puasa merupakan ibadah dimana umat Islam menahan diri dari lapar, dahaga dan juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga Maghrib. Nak tahu apa keistimewaan dan kemanisan bulan Ramadhan? Jom baca scroll ke bawah!
Keistimewaan Bulan Ramadhan :
- Ramadhan merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam
- Ganjaran pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda
- Dosa-dosa lalu diampunkan
- Pintu rahmat dan pintu langit terbuka luas
- Pintu syurga terbuka luas
- Pintu neraka tertutup rapat
- Syaitan dirantai
- Malam Lailatul Qadar
- Ibadat solat terawih (disebabkan PKP, boleh dilakukan di rumah)
Tapi sayang, bukan semua umat Islam dapat merasai keistimewaan tersebut. Terdapat 4 golongan yang terkecuali daripada segala keistimewaan di atas:
- Golongan yang derhaka kepada ibu bapa
- Golongan yang ketagih arak
- Golongan yang bermushan sesame Islam
- Golongan yang memutuskan silaturrahim
Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan tersebut. Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, jom CuteCarry share 4 tips agar Ramadhan yang bakal datang ni dapat mengubah anda jadi lebih positif, InsyaAllah.
- Memahami Hikmah Disebalik Ramadhan
- Fahami dan dalami apa hikmah berpuasa, kenapa ibadah terawih diwujudkan, bagaimanakah keajaiban Malam Lailatul Qadar.
2. Rancang Ramadhan Kita
- Merancang amal ibadah yang ingin dilakukan bersama keluarga
- Merancang perbelanjaan untuk membeli juadah berbuka puasa agar tidak membazir
3. Aktifkan Persediaan Rohani
- Melancarkan kembali dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran
- Mendalami cara solat yang betul (solat fardhu mahupun solat sunat)
- Banyakkan bersedekah , berselawat dan berzikir
4. Say Goodbye Untuk Tabiat Buruk
- Semua orang mesti ada tabiat buruk masing-masing. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Inilah masanya untuk kita tinggalkan tingkah laku yang buruk dan memperbanyakkan pahala.
- Contohnya, sebelum ini anda suka membawang dengan jiran, tapi dalam bulan Ramadhan ni jagalah hati, mata, mulut dan tingkah laku agar kita dapat merasai kemanisan beribadah dalam bulan Ramadhan.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ye! Maka rebutlah peluang untuk kita kumpul sebanyak mungkin pahala. InsyaAllah.
Sumber : Jelitasara, iLuvislam