
KENAPA PERLU BAYAR CUKAI?
4 September 2017
10 CARA DUDUK DAN PERSONALITI ANDA
12 September 2017
CuteCarry Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Selangor untuk mengendalikan Program Dewi 2017, Kursus Kecantikan Dan Solekan. Ia telah dihadiri oleh wanita-wanita seluruh Selangor dan dilaksanakan di Akademi CuteCarry. Objektif seminar tiga hari ini ialah untuk memberi ilmu solekan supaya peserta dapat menjana pendapatan.
Tenaga pengajar ialah Hafiz Mustapha dan Kak Naza. Hafiz Mustapha fokus berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan dan penjenaman perniagaan. Ia merangkumi tatacara untuk menguruskan perniagaan daripada pendaftaran perniagaan sehinggalah kepada pemasaran. Kak Naza pula fokus ke arah praktikal solekan. Beliau amat berpengalaman di dalam bidang solekan dengan pelbagai pengiktirafan. Antaranya ialah Certified Air Brush – Make Up Artist/ Trainer, Sijil Kemahiran Malaysia Make Up Artist and Aesthetic L3, Vocational Training Operation By JPK dan 20 tahun pengalaman dalam bidang solekan.
Peserta telah didedahkan dengan teknik asas kerana ada di antara mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang ini. Daripada tips pemilihan bedak asas sehinggalah kepada teknik pelbagai majlis.
Keistimewaan seminar ini adalah mempunyai teknik ‘Special effect’. Jarang sekali seminar/kelas make up ada modul ini kerana tenaga pengajar tidak ramai yang mempunyai kemahiran ini. Kak Naza yang berpengalaman dalam bidang solekan drama dan filem telah berkongsi ilmu dengan para peserta. Ia adalah salah satu cabang kemahiran yang perlu ada sebagai make up artist dan peluang besar untuk melebarkan sayap ke bidang yang lebih tinggi. Ia boleh digunakan untuk menjadi make up artist dan bekerjasama dengan produksi filem dan drama.
Peserta juga telah dibekalkan dengan satu set make up lengkap. Ada di antara mereka yang telah memulakan perniagaan sejurus selepas hadir kursus ini. Objektif untuk melahirkan usahawan solekan yang bukan biasa-biasa telah tercapai dengan gabungan usaha dan ilmu yang telah dibekalkan.
CuteCarry menyediakan seminar perkhidmatan USAHAWAN MAKE UP. Gabungan kemahiran solekan dan keusahawanan membantu ekonomi peserta untuk memperbaiki taraf hidup. Kursus ini telah mengubah ramai orang.
Kami bersedia bekerjasama.
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?
Modul dan bajet boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK DAN PENUH MANFAAT.
Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807 atau 019 329 0397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.