CANTIK KE BEG STARBUCKS NI?

Cakap pasal kopi, mesti akan teringat Starbucks, kan?

What’s your favourite coffee? Jom share dengan CuteCarry! 

Starbucks sememangnya menjadi tempat persinggahan bagi si penggemar kopi, business people, dan anak muda zaman sekarang untuk meluangkan masa berjumpa dengan rakan-rakan, malah ada juga yang berjumpa dengan klien untuk business meeting.

Kini Starbucks Singapura telah melancarkan koleksi Siren Iconic iaitu beg yang dilhamkan oleh reka bentuk paper bag mereka sendiri.

Mencuri perhatian betullah’ koleksi sling bag dan tote bag yang direka khas dengan harga yang mampu milik , murah uols! Nak rare lagi, kantung duit atau dalam nama lain wristlet pun ada tau! Jom usha koleksi Siren Iconic!

Sling bag Starbucks dijual dengan harga RM 85
Comel je wristlet Starbucks yang dijual dengan harga RM 40 sahaja. Tote Bag Starbucks pula dijual dengan harga RM 96, uols! Bagi perminat tote bag tu grab lah cepat!

Semua rekaan bag direka ekskusif dengan memaparkan logo ikonik Starbucks.

Beg ini sesuai digayakan untuk acara santai-santai dan kasual. Ia tidak sesuai digayakan untuk ke pejabat.

Koleksi beg edisi khas akan dijual bermula 13 Januari dan hanya untuk ahli Starbucks Rewards yang berdaftar sahaja. Siapa yang nak beli bag, tapi masih tak jadi ahli lagi, uols boleh daftar di mana-mana sahaja kafe Starbucks ye.

Sumber : Vocket