Macam mana dapat nama ‘CuteCarry’ ?(Rebranding with UM Graduate School Of Business)
9 April 2015Membeli belah untuk pelanggan lelaki saiz XXXL
12 April 2015Jika ingin melihat semangat 1Malaysia yang sebenarnya, kita hanya perlu ke Sabah dan Sarawak. Hubungan antara kaum dan suku kaum disana amat mengagumkan. Hubungan yang baik ini terbina kerana mereka amat memahami budaya masing-masing, bersikap bertolak ansur dan sikap 1MAlaysia memang telah diamalkan sejak turun temurun. Kawan saya yang berasal dari Sarawak berkata perkahwinan campur adalah kebiasaan disini. Bapa beliau adalah keturunan Cina dan Iban manakala ibunya adalah Melayu dan Melanau. Beliau masih mempunyai ibu saudara keturunan Cina, bapa saudara keturunan Bidayuh dan macam-macam lagi. Itulah keindahan Sarawak!
CuteCarry berada disini untuk mengendalikan kursus Keterampilan, Protokol dan Etiket Sosial untuk Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Peserta-peserta terdiri pegawai dan kakitangan SPR cawangan Sabah dan Sarawak.
Thank you semua. Terima kasih juga pada En Faizol & Team Magic.
Thank you from CuteCarry untuk wakil Sabah dan Sarawak.
Terkejut tengok sijil yang dikeluarkan oleh pihak urusetia ada gambar saya!
Maklumbalas positif daripada peserta dalam media sosial. Mereka enjoy kursus bersama saya. DNA kursus kami ialah FUN & INFORMATIVE!
CuteCarry juga sempat berjogging disekitar Kuching sebelum kelas bermula. Tiada apa yang menyeronokkan bila pemandangan yang berbeza setiap kali kita bersenam. Penat pun tidak terasa!
Tetapi bila berjogging ternampak pula restoran menjual mee kolok. I can’t say no to MEE KOLOK. My favourite is Mee Kolok Goreng!
Cadangan untuk sarapan pagi adalah di Kopi O Korner. Boleh tanya pada penduduk setempat atau pemandu teksi kerana tempat ini agak popular.
Jika ingin melihat pelbagai kaum berkongsi meja boleh ke Top Spot di bandaraya Kuching. Ini adalah konsep sebenar SATU MALAYSIA.
Makanan tersangatlah murah untuk standard Kuala Lumpur. Ingat, saya menggunakan perkataan terlalu murah untuk jenis-jenis makanan yang segar dan sedap!
Jangan lupa pilih untuk ke gerai ini. No 25, Bukit Mata. Ditanggung HALAL.
CuteCarry juga sempat membeli belah di kedai Kuching Riverfront. Leather bracelets. Both cost only around RM35.00.
Ucapan maaf dihulurkan kepada followers dan kawan-kawan orang Kuching yang ingin berjumpa. Saya sangat sibuk untuk berjumpa dan kena bersama pelanggan. Nanti kita jumpa ye…