5s bukan hanya bermakna LABEL ATAU WARNA KENA SERAGAM :- Rebranding 5s Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi

 

 

CuteCarry telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi konsultan untuk Rebranding 5s di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi.  Organisasi ini telah mendapat persijilan 5s tetapi untuk menjadikan ia lebih mantap dan ada penjenamaan, maka pembaharuan perlu dilakukan. Penjenamaan semula 5s JPAM melibatkan penambahbaikan daripada segi hala tuju, konsep dan tugas-tugas yang dilakukan oleh unit-unit yang terlibat.

Ada yang menyatakan 5s kena semua warna sama. Tidak begitu tepat. Walaupun ada dalam 5s konsep SERAGAM tetapi bukanlah bermakna semua wajib ‘seragam; warna. Seragam  (seiketsu/standardize) bermaksud kita mengekalkan  tahap standard seperti dalam konsep, sistem dan peraturan organisasi supaya selaras dengan misi dan visi 5s. Pemahaman yang kurang berkenaan dengan konsep seragam menyebabkan ada yang tertekan dengan pelaksanaan 5s.

Walabagaimanapun, warna yang seragam adalah hasil daripada amalan pelaksanaan 5s. Ia terbit daripada konsep susun dan seterusnya kita mencari warna untuk senang dikenali dan identiti.

5s juga BUKAN bemaksud kena ada ‘PARKING’ setiap tempat dan LABEL sehingga menampakkan suasana ruang kerja jadi serabut. Ada konsep yang perlu dipelajari.

Modul Amalan 5s CuteCarry juga menggabungkan tentang susunan dan hiasan dalaman juga tambahan 2 s iaitu SAFETY and SECURITY. Jika 2 S yang terakhir tiada, ia tidak menjadikan ruang kerja suatu tempat yang kondusif dan mantap.

Berminat mengendalikan kursus 5s di tempat anda disamping ada unsur-unsur BRANDING, tambahan 2 s, hiasan dalaman dan penuh dengan keseronokan (yes.. lots-lots-lots of fun)..

ps: CuteCarry juga gembira kerana berdasarkan kunjungan CuteCarry, MRSM FELDA Trolak aktif mengamalkan 5s. CuteCarry adalah konsultan 5s untuk organisasi ini. Tahniah!!!!

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama  CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email cutecarry@yahoo.com

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

 

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 

 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry