Bangsa asing kurang ajar?

My former boss; my mentor Tan Sri Aseh. He is such a great guy with great vision.

Saya telah dijemput untuk mengendalikan kursus IMEJ, Protokol dan Etiket di pejabat lama saya iaitu Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Jika ada yang masih belum tahu, saya pernah bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebelum meletakkan jawatan dan  menjalankan perniagaan. Pekerjaan sebagai PTD memang amat mencabar. Pengalaman yang ditimba  membantu saya didalam perniagaan saya pada hari ini. Antara tugasan saya ialah sebagai pengendali majlis dan menguruskan hal ehwal berkenaan Protokol dan Etiket. Ia memang sesuatu yang amat menarik!

Antara pengalaman semasa bertugas didalam sektor awam ialah menjadi Liason Officer. Tugas ini melibatkan  pengurusan delegasi luar negara. Mereka adalah Menteri atau Pegawai tertinggi negara yang datang ke Malaysia untuk menghadiri persidangan atau mesyuarat. Tugas saya bermula dari mereka menjejakkan kaki di lapangan terbang sehinggalah mereka pulang. Macam-macam perkara perlu dibuat seperti menguruskan pengangkutan, bilik mesyuarat sehinggalah menempah restoran untuk minum petang. Delegasi yang hadir ini bukanlah calang-calang dan urusan yang teliti tanpa kesalahan adalah satu kewajipan.

Penat? Sangat penat…. tetapi amat berbaloi!

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah bila salah seorang delegasi yang bersikap tidak seperti yang kita gambarkan. Mula-mula terasa agak janggal tetapi bila beberapa hari menguruskan beliau barulah kita tahu yang itu adalah budaya negara beliau. Perlakuan bukanlah  kurang ajar tetapi itu adalah cara mereka berurusan.  Layanan yang mereka berikan kepada kita bukanlah sama dengan apa yang kita berikan.

Masyarakat Malaysia dikenali sebagai yang bersopan santun. Contohnya jika seorang ketua makan, beliau akan menjemput orang atau rakan sekerja makan (tak kisahlah jika ajak-ajak ayam pun). Berlainan dengan seorang delegasi luar negara ini, beliau langsung tidak menjemput orang disekelilingnya makan. Bila diperhatikan, barulah saya tahu yang itu adalah budaya atau amalan seharian  dan mereka bukannya kurang ajar!

Sehubungan itu pentingnya kita memahami sebelum menghakimi.

Bukannya semua budaya sama dengan kita. Berkemungkinan amalan kita dianggap kurang sopan oleh mereka.

Marilah kita bersama-sama memahami perbezaan budaya.

Terima kasih kepada KDN kerana memberi peluang kepada saya mengendalikan kursus ini ditempat saya memulakan kerjaya di Putrajaya suatu ketika dahulu.

 

 

CuteCarry with Dato Wahab Yasin TKSU. Looking great Dato’, dari dulu sampai sekarang maintain je.

CuteCarry with Puan Surayati, Dato’ Dr Lee, Puan Hashimah and Dato Shikin. Loved the deco.

CuteCarry with (from left) Dato’ Wan Ali TKSU, En Johari, Dato’ Shikin SUB Kewangan.

Maklumbalas positif juga diterima daripada kursus yang diadakan.

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA