Kursus IMEJ ABC bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu
19 June 2014From Sarawak with love; STYLE and FOOD! – Kursus Bersama Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
25 June 2014Apa itu MOSTI?
Ministry of Science, Technology and Innovation ataupun Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Walaupun penat sebab baru sampai daripada Kuala Terengganu kerana kursus bersama JPJ Terengganu, CuteCarry gagahkan juga untuk mengendalikan kursus bersama Setiausaha MOSTI. Yes..penat tetap penat, sampai sahaja di hotel penginapan, terus tertidur disaksikan oleh luggage yang besar itu!!
Sesudah ada tenaga, terasa lapar pula, CuteCarry tengok ada sedikit waktu senggang, terus mencari tempat makan dan terjumpa satu tempat yang cool di Sungai Petani iaitu Big Mouth Republic.
Big Mouth vs big appetite. Bangun tidur, mandi, bersiap, pakai tee and jacket with jeans, rambut tidak sikat terus turun makan. Gaya out of bed versi lapar tahap Godzilla menyerang Sg Petani. Oh…btw, perhatikan cara CuteCarry memegang pisau dan garfu, begitulah cara untuk memegangnya.
Ini adalah kali kedua CuteCarry mengadakan kursus bersama MOSTI, sebelum ini untuk pelbagai skim tetapi kali ini khas untuk Setiausaha. Alhamdulillah, setelah berpuas hati berdasarkan maklumbalas daripada peserta pada kursus yang lepas, CuteCarry diberi kepercayaan untuk menganjurkan kursus untuk Setiausaha MOSTI di Sungai Petani.
CuteCarry posing sikit!!!
Siapa kata tugas Setiausaha di agensi kerajaan senang? Jika ada yang melihat kerja sebagai setiausaha agensi kerajaan senang,mungkin dia melihat contoh setiausaha yang bekerja di tempat yang kurang sibuk. Bayangkan jika anda terpaksa bekerja sebagai setiausaha setiap hari daripada pagi dan tidak tentu boleh pulang tepat pada jam 5.00 petang kerana bos tidak ‘punch out’ dan juga banyak kerja yang perlu disiapkan. Kerjaya sebagai setiausaha di jabatan kerajaan memerlukan mereka yang mempunyai kesabaran dan ilmu-ilmu berhubung dengan peraturan dan pekeliling kerajaan. CuteCarry tahu berkenaan perkara ini kerana sudah melihat dengan mata sendiri dan juga daripada kenalan rapat yang bekerja sebagai setiausaha di jabatan kerajaan, terutamanya di ibu pejabat. Mereka bekerja keras walaupun ada pandangan yang menyatakan mereka tiada kerja. TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Oleh itu, ketika kursus bersama Setiausaha daripada agensi-agensi MOSTI ini, CuteCarry menjadikan kursus ini suatu yang santai disamping ilmu yang diberikan adalah berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Kenapa CuteCarry faham berkenaan tugas-tugas setiausaha? Ini adalah kerana CuteCarry pernah berada disituasi yang sama suatu masa dahulu.
Peserta-peserta adalah daripada sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor dan kursus diadakan di Sungai Petani. Walaupun mereka berada didalam kementerian yang sama, namun ada diantara mereka tidak mengenali antara satu sama lain, oleh itu ini adalah tempat untuk saling kenal mengenali.
Tahu kenapa kursus ini best sangat? Sebab CuteCarry adakan sesi make up dan tudung!
Moga mereka bertambah vogue!!
Sesi fine dining. Ini adalah slot yang paling happening, kita makan sambil menambahkan ilmu. Barulah kurang kekok apabila ke majlis.
C for CuteCarry with the girls!!
Terima kasih kepada urusetia, Puan Fatimah dan anak-anak buahnya yang bekerja keras untuk memastikan kursus ini berjalan lancar. Moga kita dapat bertemu lagi!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=1vI7eRPFXZk&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]
Sila click untuk lihat kegembiraan mereka! I love you too!!!!
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini