“Branding” bukan hanya sekadar logo. (Kursus 5s dan penjenamaan )

Kursus Pelaksanaan 5s adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh syarikat CuteCarry. Modul ini adalah antara yang popular kerana banyak agensi yang ingin mendapatkan persijilan 5s. Walaubagaimanapun, persijilan 5s tidak cukup untuk menjadikan sesebuah organisasi menonjol.

Elemen Penjenamaan atau rebranding telah dimasukkan didalam kursus anjuran CuteCarry untuk Bahagian Pengurusan Analisis dan Maklumat (BPAM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. CuteCarry bersama-sama dengan peserta telah merangka strategi dan apakah yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif 5s.

Antara yang dilaksanakan ialah setiap kumpulan diberikan tugasan mereka satu logo untuk 5s BPAM.

The winning logo. Ia telah dipilih oleh warga BPAM.

Tetapi branding atau penjenamaan bukanlah sekadar logo atau ‘tag line’,ia lebih daripada itu. Ia merangkumi liputan yang lebih luas termasuk perkhidmatan bermutu yang ditawarkan dan juga pelbagai aspek lain. Branding boleh menyentuh atau dekat dengan emosi seseorang a bila kita mendengar tentang sesuatu produk seperti bila burger kita teringat McDonalds dan bila ayam gorang kita teringat KFC walaupun di restoran lain terdapat burger dan ayam goreng. Itulah kekuatan penjenamaan.

Penjenamaan juga membolehkan kita meninggikan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan!

3 HAFIZ. Didalam kursus ini terdapat tiga hafiz iaitu Hafiz Isa yang comel daripada Melaka , Hafiz Mustapha CuteCarry paling gedik juga Hafiz yang kacak daripada Johor! Branding HAFIZ manakah yang menjadi pilihan? Walaupun ketiga-tiga bernama Hafiz, ada kelainannya! (jangan marah ye Hafiz-hafiz sekelian!)

Kursus diadakan selama 3 hari berturut-turut tetapi CuteCarry sempat juga mengendalikan kursus walaupun terkejar-kejar menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya termasuklah anjuran BPAM dan KKMM

Sempat singgah di warung bubur BPAM dan tercapai hasrat makan bubur cha cha. Kalau diletakkan nama bubur sebagai Bubur Cha Cha Maembong (adik Emma Maembong), mesti lagi panjang orang beratur).


C for CuteCarry. Pakai baju Raya beberapa tahun lepas!!

Kursus ini juga melibatkan lawatan ke Kementerian Dalam Negeri yang telah melaksanakan program 5s.

Persembahan Kumpulan untuk mendapatkan rangka pelaksanaan 5s.

Yeayyy… dapat hadiah t-shirt PINK COLOUR daripada BPAM!

TERIMA KASIH kepada SEMUA

I LOVE YOU TOO
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=TGl9-j6whzk[/youtube]