Bukan semua orang boleh kerja bahagian Komunikasi Korporat (PR)

 

Tajuk diatas mungkin akan mengundang reaksi kurang senang tapi itulah hakikatnya. Pekerjaan didalam bidang PR / komunikasi korporat memerlukan sifat sukakan interaksi dengan manusia (people person). Ada diantara kita mungkin suka bekerja dengan kertas kerja atau mesin. Ia berlainan dengan pekerjaan didalam bidang yang tidak memerlukan kemahiran interaksi sesama manusia.

Pegawai Perhubungan Awam (PRO)

Ada yang bekerja didalam bidang PR cuma ingin bekerja. Mereka tidak ada minat dan oleh itu pekerjaan mereka menjadi amat menekankan perasaan.  Cuba lihat mereka yang bekerja di bahagian PR bahagian anda, adakah mereka ramah dan mudah bertegur sapa? Adakah mereka nampak inovatif dan cepat menguruskan hal ehwal berkenaan komunikasi? Berkemungkinan mereka juga lebih menonjol atau bergaya.

Saya pernah ada seorang kakitangan yang amat tidak ada jiwa PR. Dia tidak suka bila orang bertanya, cepat tertekan dan tidak boleh stay back. Jam 5 sudah mula gelisah mahu balik rumah. Beliau juga tidak suka kerja last minute. Oh tidak..

PRO adalah kemahuan, sifat terbuka dan mungkin sedikit bakat.

Bakat boleh diasah. Jangan risau.

Saya amat bertuah diminta mengendalikan  kursus untuk pegawai-pegawai komunikasi korporat daripada  Kementerian Pengangkutan, Mereka semua mempunyai ciri-ciri seorang PRO. Sebagai seorang bekas pegawai yang pernah ditugaskan untuk bekerja didalam bidang komunikasi korporat, saya boleh membaca perwatakan PR. Saya bukan PR hiburan, saya PR Korporat. Sama tapi amat berlainan.

Kursus ini menekankan kepada sifat-sifat PR yang perlu ada. Teknik-teknik didalam bidang ini juga diterangkan dengan cara praktikal. Peserta juga telah ditunjukkan cara untuk menulis ucapan dan siaran media. Dulu memang itulah kerja saya sehari-hari. Bertuah rasanya dapat berkongsi pengalaman.

Peserta datang dari pelbagai agensi dibawah Kementerian Pengangkutan, daripada Malaysia Airport Holdings kepada SPAD!

 

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA.