Stress, Setiausaha dan makan penghilang stress
26 September 2014Penghargaan kejayaan 5s untuk CuteCarry
28 September 2014CuteCarry telah dijemput untuk memberi kursus selama dua hari bertajuk Corporate IMAGE untuk Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan. Mungkin ada yang tertanya apakah yang hendak disampaikan selama dua hari berkenaan IMEJ? Tidakkah ia terlalu lama?
C for CuteCarry. CuteCarry dah peserta yang hadir dalam kursus dua hari tersebut.
Sebenarnya ia tidaklah terlalu lama kerana IMEJ melibatkan tiga elemen iaitu Appearance, Behaviour, Communication. Oleh itu, jika ketiga-tiga elemen ini diambil kira, ia membentuk imej korporat sesuatu bahagian itu.
CuteCarry ada terbaca dalam facebook ada yang menyatakan imej korporat tidak boleh memakai baju kurung? Wrong. SALAH!
Anda tinggal dinegara mana? Kenapa perlu meniru sangat gaya orang luar sehinggakan pakai baju kurung dikira tidak sesuai? Jika baju kurung digayakan dengan aksesori dan suai padan yang sesuai,pemakainya akan tampak elegan. Contohnya penggunaan aksesori perlulah harmoni, tudung dan baju perlulah bersesuaian. Jika hendak menggunakan konsep ‘colour blocking’, go for it.. as long as it is relevant and you can carry the look. Jika tudung dah bertingkat-tingkat dan berwarna-warni kenapa hendak pakai baju warna-warni sehingga nampak serabut? Ada yang boleh ‘carry the look’ tetapi ada yang tidak mampu. Oleh itu rajinlah buat eksperimen gaya.
Jika anda sukakan gaya klasik dalam pemakaian baju kurung, jadikanTan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai idola anda.
Lihatlah gaya beliau yang ringkas tetapi tetap nampak sophisticated. Tidak kenal siapa beliau yang sentiasa memakai baju kurung? Beliau adalah orang yang menandatangani duit Ringgit Malaysia, satu-satunya Gabenor Bank wanita di dunia dan sudah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2000.
Turut diadakan sesi make up Corporate Image bersama jurusoleh Kak Naza.Memang superb!
Pada hari itu juga diadakan kelas tudung bersama Aida Farrel.
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini