Tiada apa yang lebih memberi kepuasan daripada menjadi usahawan. Kita adalah ‘bos’ kepada diri kita sendiri. Kerja lebih, pendapatan lebih, kerja kurang pendapatan kurang. Kita adalah penggerak kepada kemajuan diri sendiri. Tetapi bagaimana untuk mendapat motivasi untuk menggerakkan diri?
Cara CuteCarry ialah:-
i. Tulis secara spesifik apakah yang hendak dicapai
ii. Baca dan tonton kisah dan tips kejayaan orang lain
iii. Berada ditempat-tempat yang kita ingin capai. Contohnya jika di luar negara, CuteCarry berada di kawasan mewah dengan harapan satu hari akan mampu untuk tinggal dan membeli belah disitu!
iv. Jauhkan diri daripada orang negatif dan bergaul dengan orang positif
v. Jangan terlalu pedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain kerana apa yang penting ialah kita tahu apa yang kita mahukan. Kenapa perlu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain sehinggakan hati kita pun merana?
vi. Bangun pagi, my day starts at 5.00 am!
Itu adalah enam perkara yang menjadi motivasi CuteCarry dan telah dikongsi bersama Usahawan Wanita Selangor di Program Seminar Celik Minda Usahawan Wanita U Boleh Negeri Selangor, Pejabat Pembangunan Wanita Selangor.
Kerajaan terlalu banyak membantu usahawan-usahawan tetapi ada diantara kita terlalu mengharapkan bantuan kerajaan, macam mana hendak pergi jauh? Berusahalah sendiri.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA
Nilai harga perkhidmatan terkumpul ini hanya untuk pakej ceramah/konsultasi dan bukan meliputi pakej hotel, penginapan atau makanan
Kursus-kursus percuma boleh dipilih hanya daripada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat CuteCarry.
Slot ceramah percuma ini adalah bergantung kelapangan (availability) penceramah dan penganjur.
Syarikat CuteCarry hanya menyediakan khidmat penceramah sahaja dan boleh memilih mana-mana penceramah yang berkelapangan.
Tempoh untuk menebus perkhidmatan ini dalah daripada Februri 2015 sehingga Februari 2016.
Organisasi adalah bermaksud seperti yan tertera didalam sebutharga.
Ceramah percuma ini tidak termasuk kos makanan, tempat, nota, alat tulis, sijil atau apa-apa perkhidmatan atau bahan bantuan mengajar tambahan.
Leave a Reply