Kelas IMEJ di Kolej Komuniti Rompin, Pahang berserta ‘jenama’ udang galah dan ikan layaran!

Ia adalah satu perjalanan yang agak mendebarkan kerana terpaksa melalui laluan yang agak ‘asing’. Maksud asing bukanlah bermakna jalan yang terlalu teruk tetapi CuteCarry tidak begitu pasti dengan bagaimana hendak ke Rompin, Pahang. Kisahnya, Cutecarry hanya selesai mengendalikan kursus untuk Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya pada jam 5.00 petang. Oleh itu,setelah selesai menguruskan segalanya, masa untuk bertolak daripada Putrajaya adalah sekitar jam 6.00 petang. Sistem Waze dipasang dan ia menunjukkan CuteCarry bersama make up artist Joey akan melalui Bahau untuk ke Rompin. Sounds interesting? Keep reading….

Waze adalah salah satu cara terbaik tetapi kita juga kena ada ilmu untuk ke sesuatu lokasi terutamanya jika ada dua tempat dengan nama sama.Waze menunjukkan untuk ke Rompin sekitar 3 jam tetapi papan tanda menunjukkan kita sudah sampai di Rompin, tetapi sebenarnya Rompin yang kita sampai adalah Rompin Negeri Sembilan,bukannya Rompin Pahang!

Kita meneruskan perjalanan yang dikatakan mendebarkan.  Pemanduan dikelilingi kawasan ladang, kampung atau hutan.  Kawasan jalan yang gelap ditambah pula ketika itu kenderaan lain agak kurang dijalan ditambah dengan beberapa ketika lori-lori yang berselisih. Fikiran mula terbayangkan macam-macam tetapi cuba alih fikiran ke arah lain.  Erk… tetapi akhirnya kami sampai juga dipenginapan di Rompin pada jam 12.00 tenagah malam.

Lega rasanya.

Adakah CuteCarry menyesal melalui kawasan ini? Of course not! Ia adalah pengalaman yang amat menarik, bukan semua orang dapat merasainya.

Menjejak kaki ke Rompin adalah pengalaman yang baru but CuteCarry. Rompin adalah seperti sebuah bandar yang comel dan keistimewaannya ialah udang galah dan ikan layaran Rompin. Terdapat beberapa restoran yang menyediakan masakan udang galah dan CuteCarry ke Restoran LC Udang Galah. Kita pilih udang galah yang segar dan pilih masakan yang kita hendak, CuteCarry memilih udang galah masak sambal. Memang sedap!

Cutecarry pasti mesti ramai yang tidak tahu yang Rompin juga adalah destinasi memancing ikan layaran. Oh… bukan,bukan memancing yang kita fikirkan, ini bukan memancing lepas tu kita bawa balik ikan itu untuk buat kari. Ia adalah sport fishing,iaitu memancing untuk tujuan rekreasi. No wonderlah CuteCarry ternampak satu replika ikan layaran di tengah-tengah bandar. Dengar kata banyak pelancong yang datang untuk memancing disini terutamanya daripada Amerika, Singapura dan Australia.

Ini adalah antara contoh penjenamaan atau ‘branding’ sesuatu tempat. Percayalah, setiap tempat di Malaysia ada keunikannya tersendiri. Ia adalah terpulang kepada kita bagaimana untuk mengeksplotasi kelebihan dan keunikan tersebut untuk kebaikan kita. Tidak mustahil jika pada suatu masa nanti, daerah Rompin akan terkenal di merata dunia.

Kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Rompin. CuteCarry dedahkan dengan pelbagai unsur-unsur imej. Pelajar-pelajar ini adalah daripada jurusan perhotelan dan amat penting untuk mereka mahir didalam elemen-elemen ini. Budaya, persekitaran dan sebagainya memainkan peranan yang penting didalam membentuk imej yang diingini.

Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang prihatin terhadap pelajar-pelajar tersebut dengan memberikan peluang untuk menimba ilmu.Walaupun pensyarah tersebut mahir didalam bidang masing-masing, ilmu yang diperolehi daripadapenceramah  luar boleh dijadikan pengetahuan tambahan.

C for CuteCarry. Look at the boys and the girls!

 

You’ll be missed. I love ya..

CuteCarry berposing sakan depan Kolej Komuniti Rompin, I am wearing grey Bon Zainal suit. Walaupun berada di sini hanya beberapa belas jam, banyak pengalaman yang diperolehi.

CuteCarry tidak sanggup hendak meredah perjalanan mendebarkan lagi diwaktu malam oleh itu untuk perjalanan pulang CuteCarry memilih laluan Pekan dan Gambang. Apakah keistimewaan Pekan?

Murtabak Makassar. Makan lagi…. Murtabak yang penuh dengan isi dan rempah dan amat mengenyangkan. Jika hendak merasa murtabak ini anda boleh ke Pekan, Pahang!

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau emai   training@cutecarry.com   atau  cutecarry@yahoo.com

 

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry