Preoders iPhone 5 at Celcom with just RM200 deposit
7 December 2012Acne sucks!
10 December 2012CuteCarry telah dijemput untuk mengadakan bengkel penampilan diri dan imej di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Agensi ini adalah agensi yang bertanggungjawab untuk urusan pengambilan/pelantikan penjawat-penjawat awam di Malaysia. Jika anda hendak meminta kerja kerajaan, disinilah tempatnya tempat pemprosesan dilaksanakan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa kalau hendak masuk gomen (government) kerajaan kena ada ‘cable’ dan ‘orang dalam’. CuteCarry rasa itu tidak tepat sama sekali. Ini adalah kerana mengikut kakitangan SPA pengambilan dibuat secara telus melalui pendaftaran dan juga pemilihan. Tetapi bagaimanakah hendak memilih beratus ribu pemilihan hanya untuk beberapa jawatan?
Antara perkara yang diambil kira ialah kelayakan dan imej. Imej yang Cutecarry maksudkan disini ialah berkenaan dengan ABC;- Appearance, Behaviour and Communication.
CuteCarry tidak tanggal sungglasses dengan kakitangan SPA. Lepas habis je talk, waktu berposing. Terima kasih kepada mereka kerana menjemput CuteCarry. Walaupun bengkel hanya sehari, banyak yang Cutecarry dapat kongsikan. Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini
Adakah rakan anda yang sangat mudah mendapat kerja sedangkan ada yang sudah bertahun menggangur dan susah sangat hendak mendapat kerja. Sebelum anda menyalahkan kerajaan, penemuduga atau orang lain, cuba cermin diri anda sendiri, adakah anda layak untuk diberikan kerja?
CuteCarry telah melatih ramai calon-calon untuk ditemuduga dan syukur alhamdulillah, semuanya berjaya mendapat kerja. Im a proud man!
Antara perkara mudah yang CuteCarry tekankan ialah imej anda semasa temuduga. Kesilapan yang dilakukan ialah:-
1. Pakaian yang tidak menonjol.
Jika terbayangkan pakaian mesti ada yang dapat agak apakah dress code yang Cutecarry maksudkan disini. Tetapi kadang kala ada calon yang datang ke temuduga berpakaian tidak begitu menonjol.Mungkin ada yang menyatakan untuk ke temuduga jawatan-jawatan korporat dan kerajaan perlu konservatif dan ringkas. Tetapi jika terlalu berpakaian sedemikian, anda nampak tidak menonjol daripada calon-calon lain. Anda akan nampak kusam dan tidak bersemangat. Tiada siapa yang mahu mengambil mereka yang nampak tidak bersemangat dan membosankan? Anda bukanlah memohon kerja sebagai penggali kubur kenapa perlu memakai pakaian yang sangat tidak bersemangat? Pakaian yang nampak elegan dengan SEDIKIT warna yang menonjol membuatkan anda kehadapan berbanding dengan calon-calon lain. Calon lelaki wajib memakai tali leher dan untuk membezakan anda dengan calon lain, sarungkan juga suit! CuteCarry maksudkan sini pair or suit/blazer dan BUKAN casual jaket. Ada diantara yang cakap ‘over’ memakai suit, tetapi yang ‘over’ itulah membuatkan anda nampak lebih menonjol.
Jika wanita, bila disebut kerja kerajaan mesti teringat baju kurung. Tetapi jika semua calon yang datang memakai baju kurung, bagaimana anda hendak menonjol? Apa kata anda cuba datang dengan memakai blazer, kemeja dan skirt panjang. Sopan dan nampak imej korporat. Don’t you ever think to pair baju kurung dan blazer.. nampak sangat low class dan keliru. Walaupun ramai penjawat awam yang Cutecarry lihat memakai seperti itu, jangan jadi seperti mereka. Anda adalah generasi yang moden, bergaya dan profesional.
Girls,jangan lupa untuk mengenakan selapis make up. Muka perlulah segar!
2. Pakaian yang terlalu menonjol.
Anda bukanlah calon untuk penari latar Lady Gaga jadi janganlah memakai seperti pokok krismas yang tidak siap. Calon wanita yang memakai tudung elakkan memakai kerongsang yang terlalu besar terutamanya kerongsang yang tergantung di bawah dagu. Tudung dan manik-manik di baju juga janganlah terlalu berkelip-kelip kerana anda bukanlah hendak menjadi penyanyi latar Ratu Gelek M.Daud Kilau. Jika anda terfikir hendak membuat sanggul tinggi didalam tudung, fikirkan semula. Tiada siapa mahu melantik calon yang ada bonggol unta atau lesung batu didalam tudungnya. two words..LOW CLASS. Yuna turban? Be careful. Turban boleh membuatkan anda nampak too casual.
Calon lelaki pula janganlah memakai tali leher yang mempunyai corak bunga atau karton. Anda adalah orang dewasa, bukan dalam kanak-kanak dialam fantasi. Grow up.
Elakkan juga memakai pakaian yang terlalu ketat!
3. Aksesori yang kurang sesuai.
Jika anda melangkah kedalam bilik temuduga, elakkan membawa back pack atau messenger bag. Apa kata beli satu dokumen bag atau fail bag untuk mengisi dokumen anda. Wanita juga perlu meninggalkan perhiasan gerek. Sometimes simple is really sweet and it helps you to get your job. You can buy a ton of gerek accesories when you get your job.
4. Perlakuan yang kurang menghormati penemuduga
Sebelum melangkah ke dalam bilik temuduga, sila ketuk pintu dahulu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera. Jangan duduk sebelum disuruh duduk.
Calon juga perlulah tidak cuba melawan penemuduga ketika diuji.Ada diantara calon yang cuba untuk mempertahankan pendapat sehingga anda dilihat terlalu defensive. Kadang-kadang penemuduga hanya mahu menguji anda dengan seolah-olah tidak bersetuju dengan pendapat atau mengkritik anda.
5. Tiada eye contact
Jika ada lebih daripada seorang penemuduga, sila pastikan bahawa anda mempunyai eye contact dengan SEMUA penemuduga ketika bercakap. Walaupun yang bertanyakan soalan hanyalah seorang , cuba untuk memandang wajah semua penemuduga. Rasa gerun hendak melihat mata penemuduga? Jika rasa seperti mata penemuduga seperti ada cahaya pancaran laser yang menyebabkan anda berdebar-debar, cuba lihat bahagian antara dahi dan hidung. Tiada lagi kegusaran!!
6. Bau yang kurang menyenangkan.
Jika anda calon lelaki yang merokok dan anda merokok sebelum masuk ke dalam bilik temuduga, kemungkinan anda akan berbau rokok. Jika salah seorang penemuduga tidak merokok dan benci kepada bau rokok, maknanya ucapkan selamat tinggal kepada kerja anda. Jika anda minum kopi sebelum temuduga, kemungkinan mulut anda berbau, oleh itu minum air kosong sebelum ke temuduga.
Jaga bau badan anda, jangan terlalu wangi seperti baru mencurah perfume satu botol atau pun memakai pakaian yang berbau busuk, pakaian mestilah bersih..and please.. pakailah deodorant!
7. Duduk yang kurang sopan.
Sharon Stone crossing legs…BIG NO FOR YOU
Janganlah duduk terlalu mengangkang atau menyilang kaki ala classic Sharon Stone dalam Basic instinct! Walaupun nampak elegan tetapi bukan elegan ketika temuduga. Duduk tegak dan tangan diatas paha dan sopan.
8. Memburukkan orang lain dan mengeluh
Ada calon yang suka memburukkan majikan lama. Jika anda suka memburukkan orang lain, berkemungkinan anda dilihat sebagai orang kurang profesional. Elakkan mengeluh dengan kerja dan kehidupan anda dan akan dilihat sebagai seorang yang tidak sabar dengan dugaan.
Ratu air mata hanya untuk seniwati Neng Yatimah atau Wan Maimunah. Jangan harapkan simpati daripada penemuduga. Hanya calon Amerika Next Top Model sahaja yang berjaya dipilih sebagai peserta akhir dengan menangis depan Tyra Banks. Postive is the key word. Be positive, give positive feedback but at the same time stick to the point that you want the job.
9. Bercakap dan bertanya terlalu banyak soalan
Anda hanya menjawab bila ditanya. Jawapan perlulah ringkas dan tepat. Straight to the point. Jangan bertanya terlalu banyak soalan seolah-olah penemuduga ialah kaunter pertanyaan. Antara soalan yang perlu dielakkan ialah ‘bila hendak mendapat keputusan samada saya berjaya atau tidak mendapat pekerjaan ini’ kerana anda dianggap tidak sabar atau ‘berapa lamakah kenaikan pangkat’ juga ‘dimanakah lokasi pekerjaan saya’. Ia adalah bergantung kepada majikan dan bukannya keputusan anda.
10. Kelam kabut
Calon perlulah dilihat tenang dan bersemangat. Oleh itu, sebelum menghadiri temuduga, susun dokumen mengikut turutan dan tahu lokasi tempat temuduga. Tidur awal supaya wajah anda nampak segar. Datang awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang dicatatkan.
Remember, stay positive and happy. Jika anda rezeki, adalah..jika tiada, mungkin rezeki lain yang lebih besar menanti anda!
GOOD LUCK BOYS AND GIRLS!!!
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan untuk latihan penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s dan sebagainya, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini