Kursus 5s di MRSM Baling dan berendam dalam Air Panas Ulu Legong Baling
19 June 2014Beban kerja Setiausaha (Kursus Setiausaha bersama MOSTI )
24 June 2014Perjalanan ke Kuala Terengganu amat mendebarkan kerana CuteCarry memandu dari Baling, Kedah. Ada yang tanya kenapa tidak naik kapal terbang? Sememangnya mudah menggunakan kapal terbang cuma tiada perkhidmatan kapal terbang daripada Baling ke Kuala Terengganu! Oleh itu, terpaksalah memandu merentasi Banjaran Titiwangsa, melalui kawasan hutan yang agak sunyi sejurus selepas habis ceramah Penjenamaan 5s di MRSM Baling sekitar jam 5.30 petang dan sampai di Kuala Terengganu sekitar 12.00 tengah malam. Ia mengambil masa yang agak lama kerana CuteCarry berhenti di beberapa lokasi untuk makan termasuklah ambil masa berposing Hentian Titiwangsa!
Ya…masih sempat! LOL
Walaupun penat tetapi hati gembira bila bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu. Sebenarnya, kursus ini bukan hanya disertai oleh warga JPJ tetapi juga pasangan mereka. Oleh itu, persembahan dan isi kursus perlulah sesuai dengan peserta yang hadir. Pelbagai perkara dikongsi sepanjang kursus dua hari seperti etika penampilan, protokol dan juga cara komunikasi. Warga JPJ berurusan dengan orang awam oleh itu imej yang ditonjolkan perlulah bersesuaian dengan tempat, keadaan dan semasa. CuteCarry juga memasukkan elemen unsur-unsur lain daripada komunikasi melalui media sosial sehinggalah kepada pengurusan kebersihan bau badan dan sebagainya.
Salah satu slot Image ABC bersama CuteCarry, slot tudung /hijab. Lepas tu ramai-ramai menyerbu shopping tudung Aidafarrellcollections.
Baiknya orang JPJ Terengganu, CuteCarry hanya cakap nak merasa makan asam gumpal (my first time makan!) waktu bagi image talk dan zasss..waktu tea time terus ada juadah tradisional Ganu ni,, Im happy kerana dimana I berada orang-orang sekeliling amat baik. Feeling blessed & happy plus lucky.i, here with old fren, En Emang, Pengarah JPJ Terengganu. Terima kasih juga kepada isteri beliau yang amat best, kita bersembang ‘tak hengat’!
Malam selepas habis,pada malam terakhir, En Ali, salah seorang peserta dan urusetia menjemput CuteCarry ke birthday dinner anaknya. Thank you for the hospitality En Ali & family!
Jika di Terengganu, memang tidak akan sah tidak makan ICT atau Ikan Celup Tepung. My favourite spot is Ikan Celup Tepung Teluk Ketapang. Lokasinya terletak berdekatan dengan lapangan terbang. Ikan amat segar dengan harga yang berpatutan.
It was so good. Im wearing my Zara top.. (macam sesuai je dengan konsep Teluk “Ketapang” kan? eh macam itukah rupa daun ketapang?
CuteCarry juga mengambil kesempatan untuk membuat promosi berkenaan kursus CuteCarry di beberapa agensi sekitar Kuala Terengganu pada hari terakhir. Sebab itulah pakaian #OOTD agak rasmi walaupun hajatnya untuk makan nasi dagang di Pasar Payang.\
Thank you Terengganu especially warga JPJ, you will be missed!
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=BgTNSPkybI8&list=UUsU3ocai9MIjFGU6oSckLEA[/youtube]