Kursus IMEJ untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Hari berlangsungnya kursus untuk Kementerian Pelancongan adalah hari yang memenatkan kerana pada malam sebelum CuteCarry hanya  sampai jam 2.00 pagi dari  Langkawi kerana kursus bersama Lembaga Hasil.  Agak memenatkan lagi bila sampai sahaja di rumah, elektrik tiada kerana masalah litar pintas. Terpaksalah CuteCarry check in di hotel yang terletaknya hanya sekitar 500 meter dari rumah.Cubaan….. Lawak pun ada!

Walaupun letih, sempat berposing dengan kasut gergasi di ruang legar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Putrajaya

Tenaga seperti di tambah ketika sampai di dewan tempat berlangsungnya ceramah.  Ini adalah sesuatu yang CuteCarry selalu alami, jika berada didepan peserta, tenaga tiba-tiba datang entah dari mana!

Kursus kali ini menekankan kepada aspek bagaimana peserta yang terdiri daripada mereka yang bekerja dalam bidang pelancongan.Oleh itu, kesesuaian berdasarkan apakah imej yang ditonjolkan pada pelancong.

Peserta datang daripada seluruh  pelusuk Malaysia. Walaupun dibuat dalam keadaan santai, ia memang mendapat sambutan yang menggalakkan dan ilmu yang disampaikan telah mendapat perhatian.

They want more!

Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email   training@cutecarry.com   atau  cutecarry@yahoo.com

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry