Kursus kewangan kerajaan

Kewangan kerajaan adalah berbeza dengan kewangan di syarikat swasta. Oleh itu, pemahaman yang lebih mendalam mengenai sistem kewangan perlulah dibuat agar prosedur diikuti dan seterusnya sistem penyampaian ditingkatkan.

Syarikat CuteCarry telah dilantik mengendalikan Kursus Kewangan Kerajaan untuk SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana memberi kepercayaan, terutamanya kepada En Nur Hidayah.

Kursus dua hari ini telah disampaikan oleh Samsuddin Mohd Ibrahim ialah seorang akauntan yang bertauliah berpengalaman yang luas didalam pelaksanaan dan juga sebagai pelatih (Trainer).

Berkelulusan Bac. Accounting daripada Universiti Malaya (UM). Beliau juga adalah pemegang Master in Finance daripada Universiti Institut Pengajian Mara (UITM). Pada masa ini, beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam PHD in Finance juga daripada UITM.

Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai seorang akauntan. Antara organisasi yang pernah beliau berkhidmat ialah Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan juga Kementerian Kewangan Malaysia.

Modul-Modul yang disampaikan ialah:-

i. Modul Pengenalan Pengurusan Kewangan Sektor Awam
• Bidang-bidang Pengurusan Kewangan
• Tugas pegawai pengawal,
• Pengenalan pengurusan akaun dan panjar,
• Asas pengurusan hasil

ii. Modul Pengurusan Perolehan
• Pengenalan kepada pengurusan perolehan
• Panduan pengurusan belian terus, tender dan sebutharga
• e-perolehan

iii. Modul Pengurusan Pembangunan
• Pengenalan kepada pengurusan perolehan
• pengurusan perbelanjaan mengurus dan pembangunan

iv. Modul Sistem Perakaunan Kerajaan
• Pengurusan Akaun Terimaan, Bayaran, Amanah dan Deposit
• Terimaan dalam Pengurusan Kewangan Sektor Awam
• Tatacara Bayaran

v. Modul Pengurusan Rekod dan Penyelenggaraan Aset
• Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
• Pelupusan
• Kehilangan dan Hapuskira

vi. Modul Pengurusan Bajet
• Pengenalan Bajet
• belanjawan negara,
• undang-undang bajet,
• penyediaan bajet – OBB/MBS

vii. Modul Akauntabiliti dan Integriti Dalam dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan
• Kepentingan Integriti
• Isu etika di kalangan penjawat awam dan tindakan tatatertib
• Fraud dan cara pengesanan

Jika berminat mengadakan kursus kewangan kerajaan ditempat anda, bolehlah berhubung dengan CuteCarry ditalian 019 3290397 atau email cutecarry@yahoo.com.