Kursus Pengurusan dan Penganjuran Majlis untuk Pegawai Kursus DPA C-Nergy
6 November 2013How to wear Flower on your lapel
8 November 2013CuteCarry amat gembira kerana dapat bersama-sama dengan kakitangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk kursus Pengurusan Pelanggan. Ini adalah pertama kalinya CuteCarry mengadakan program bersama-sama dengan MOA. Ramai juga yang hadir pada hari tersebut oleh itu persembahan perlulah sesuai bilangan peserta yang hadir.
C for CuteCarry!
Pelanggan adalah aset kepada sesebuah organisasi kerana tanpa pelanggan berkemungkinan anda tidak akan mendapat pekerjaan. Oleh itu, adalah menjadi tugas untuk kita semua melayan pelanggan dengan sebaiknya.
Customer Always Right? Erm… adakah kenyataan itu boleh diterima? CuteCarry telah bekerja didalam bidang Public Relations (PR), Corporate Communication Division beberapa tahun dan ingin menyatakan kenyataan tersebut boleh diterima tetapi tidak sepenuhnya. Kita perlu melayan pelanggan dengan sebaiknya tetapi mesti ada had dan batas supaya hak kita sebagai kakitangan yang menguruskan pelanggan terjaga. Perkara ini juga perlulah diambil perhatian oleh pihak pengurusan atasan. Teknik-teknik perlulah disesuaikan mengikut keadaan yang telah CuteCarry kongsikan bersama-sama dengan peserta di MOA. Ramai peserta yang hadir memberi maklumbalas positif bertanyakan banyak soalan semasa dan selepas kursus ini dijalankan.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan teknik-teknik tersebut, bolehlah berhubung dengan CuteCarry di talian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click disini untuk maklumat lanjut.
CuteCarry bersama-sama dengan urusetia daripada MOA yang amat senang untuk berurusan. Mereka adalah pelanggan CuteCarry dan juga CuteCarry adalah pelanggan mereka. Semua disediakan untuk CuteCarry daripada persiapan sehinggalah kepada tempat letak kereta!! I am so happy semuanya berjalan dengan lanca Ini adalah yang kita mahukan daripada jabatan kerajaan, team yang senang berurusan dengan pelanggan. Syabas semua. Hoping to work with the team again.
Thank you. Thank you for the bottom of my heart.