Hari Raya adalah antara hari yang paling menggembirakan untuk CuteCarry. Ia adalah seperti CuteCarry lari daripada realiti. Balik kampung di Kuala Kangsar..
Baju Melayu and samping by Radzuan Radziwill and clutch by Ted Baker.
No workout, no email, no workload, no demanding clients and I can eat like there’s no tomorrow!
Makan.. yes.. makan. Jika Julia Robert Eat, Pray dan Love (CuteCarry pun berangan juga ke India dan Bali lepas tengok movie tu!), CuteCarry pun buat MAKAN, MAKAN dan MAKAN ketika Raya. Tidak ada istilah DIET. Rumah ibu-ibu saudara CuteCarry adalah berdekatan (radius 100 meter sahaja!) dan bermula hari raya pertama sehingga keempat setiap hari ada rumah terbuka. Jumlah yang datang bukannya berpuluh, tapi beratus orang. Tugas CuteCarry hanya bersalam dan bersosial sahaja!
Antara makanan yang paling mendapat perhatian ialah nasi impit old school. Pada zaman ini, kebanyakan nasi impit adalah segera, hanya perlu rebus tetapi keluarga kami masih mengamalkan nasi impit cara lama iaitu tindih dengan batu giling!
Cara membuatnya ialah
Masukkan nasi yang telah dimasak didalam bekas yang telah diisi daun pisang, balut dengan kain (btw..kain pelikat tersebut bukan kepunyaan CuteCarry.. and yes.. it is extremely fresh clean kain pelikat!)
Seterusnya, tindih batu giling atas nasi tersebut.Biarkan selama semalaman. Jika tiada batu giling, boleh guna tong gas atau sesiapa ahli keluarga yang terlebih berat.
Nasi impit old school ini lebih sedap kerana dibalut dengan daun pisang dan mampat!
The exotic lemang tepung! Orang Perak memang suka makan lemang ni.
Rumah terbuka di rumah CuteCarry. Antara juadah paling laris ialah nasi lemak dengan sambal tumis petai!
Yes… with my dear friends..old and new
Sempat beraya rumah kawan…
Budak-budak yang datang diminta membuat lambang C for CuteCarry!!!
Raya kedua I am wearing Zara top untuk menyambut tetamu. Berlainan sikit..tetapi tidak seteruk kisah dibawah… tungguuuuu….
Tetapi kejadian lawak juga ada berlaku pada hari raya. Sepupu-sepupu CuteCarry pergilah melawat ke kubur nenek moyang. Mereka amat confident melangkah kedalam kawasan kubur dan terus ke satu kubur dan berdoa. Tetapi ketika berdoa ada orang datang dan bagitau mereka tersalah kubur! Sebenarnya kubur nenek CuteCarry adalah disebelah. Teringat pula adegan cerita Ibu Mertua sewaktu Kassim Selamat (P.Ramlee) di kawasan perkuburan yang dikatan milik Sabariah..tetapi sebenarnya bukan. LOL.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=q-1hGzD4-eI[/youtube]
Sekadar clip hiasan. Abaikan Nyonya Mansor dan drama yang berlaku and you get the idea!
Kisah yang agak kurang menyenangkan berlaku ketika di hari raya. Kerjaya CuteCarry sebagai perunding imej membuatkan sikap suka melihat apa yang dipakai menjadi tabiat. CuteCarry bukanlah suka hendak komen tetapi pada hari raya ini ada yang amat tidak sesuai. Ada diantara tetamu yang datang ke rumah terbuka CuteCarry memakai seluar pendek!
Ia adalah satu etika pakaian yang tidak boleh diterima. Rumah terbuka hari raya bukanlah parti hari jadi tepi kolam oleh itu pakaian haruslah sopan. Walau siapa anda, kedudukan,taraf pendidikan atau sejauh manapun anda fikir anda moden dan sempoi/relax, seluar pendek atau sesingkat lutut bukan untuk ke jamuan hari raya. Anda hanya memalukan diri sendiri.
CuteCarry juga mendapat tahu juga ada kejadian dimana ada ahli rombongan untuk acara merisik (sebelum meminang) memakai seluar pendek..
Moden atau sempoi amat berbeza dengan nampak bodoh.
Selamat Hari Raya…
Berminat mendapatkan kursus berkenaan penampilan diri ABC (Appearance, Behaviour and Communication), sila call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com. Click disini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh CuteCarry.
Leave a Reply