Kursus 5s & Branding bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
21 September 2014Berkursus dalam suasana kampung dengan cikgu (Kursus IMEJ PROTOKOL untuk Sekolah TTDI 1, Kuala Lumpur)
24 September 2014Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Kursus IMEJ Protokol Etiket di salah sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini anjuran Bahagian Korporat disana dihadiri oleh peserta daripada pelbagai fakulti dan ragam. Itulah yang paling best, jika pelbagai ragam, kelas pun tidak bosan, ditambah pula dengan CuteCarry yang memang suka bercakap dan bercakap dan bercakap (can you imagine?).
CuteCarry memang suka membuat kawan baru dan salah satu cara mendapat kenalan baru adalah melalui hubungan baik dengan peserta. Terlalu baik sehinggakan ada peserta yang keluar berjalan-jalan dan termasuklah peserta kursus ini. Kami keluar ‘cari makan’!
Yes.. I am so people person and I loved it! Ini adalah antara peserta yang sanggup bangun pagi untuk bersarapan di Kopitiam Kita bersama CuteCarry. Kopitiam ini wajib dikunjungi kerana ia mengumpulkan makanan terbaik daripada daerah-daerah Kelantan.
Pembungkusan makanan di Kelantan amat menarik perhatian.Kebanyakan restoran atau penjual yang CuteCarry kunjungi telah menjenamakan makanan mereka. Contohnya, setiap bungkusan mempunyai nama pembuat atau dari mana makanan tersebut berasal. Contohnya nasi berlauk daripada tiga pembuat yang dijual disatu gerai mempunyai pelbagai jenama contohnya Nasi berlauk Yah, Nasi berlauk Mek Yam Tumpat dan Nasi berlauk Daging Pok Na. Ia adalah strategi yang amat bagus kerana ia dapat membezakan barangan daripada kategori sama. Pelanggan akan tahu hendak memilih nasi berlauk yang mana jika mereka menggemari nasi berlauk tersebut. Ia juga membantu untuk pelanggan ingat nama nasi berlauk yang digemari dan seterunya memberitahu kepada rakan mereka yang lain. Promosi yang amat mudah tetapi berkesan. Memberi nama pada jenama anda adalah antara konsep mudah ‘branding’!
Jika perniagaan anda tiada ‘branding’, anda perlu memikirkan strategi branding bermula sekarang! Oh..mungkin anda perlu dijenamakan. Contohnya, jenama produk saya ialah ‘CuteCarry’!
Exotic and yummy! Percik perut ayam di Kota Bharu. Jom kita ‘branding’ juadah ini.
Terima kasih kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana menjemput CuteCarry. Terima kasih lagi kepada urusetia sekali lagi kerana menumpangkan CuteCarry dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu kerana CuteCarry ada jemputan untuk IMAGE TALK keesokan harinya di Terengganu. I am a hectic, active and a very busy man!
C for CuteCarry. Pada malam kedua diadakan kelas ‘fine dining’ dan tema adalah ‘Arabian Night’. Anda semua memang hebat. Peserta bersungguh-sungguh hendak merasa ‘feeling’ gaya Arab. Jika tidak dapat jadi Pak Arab,jadi Pak Haji pun jadilah kan! Thank you semua…
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini