Model vs Non Model (iklan produk sendat ketat!)
25 July 2012Baju Raya 2012: Melinda Looi 4seasons Aidilfitri at Parkson Pavilion
29 July 2012Malaysia mempunyai ramai perunding imej tetapi sebenarnya tiada standard yang sebenar untuk mengiktiraf kerjaya perunding imej Malaysia. Bidang perundingan imej adalah bidang yang besar dan ia telah mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tiga elemen utama perundingan imej iaitu A- Appearance, B- behaviour and C-Communication. Banyak yang kita kena belajar sebelum layak melatih orang lain.
Jika sebelum ini, perunding imej mencari-cari satu standard dan modul latihan yang sesuai dan pilihan yang dibuat ialah mendapat pengiktirafan dan modul pembelajaran daripada negara luar ataupun mendapat pendidikan dan latihan yang tidak standard. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah untuk membangunkan dokumen National Occupational Skills Standard (NOSS).
Standing; Bon Zainal, your beloved CuteCarry (Vice President (Marketing) Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia, and Aziah Jasmin (President of Association of Image Consultant International (AICI) Malaysia,Suraya, Cynthia (pakar dalam colour analysis..memang bagus betul dia!) and our beloved moderator Mr Tiew.
CuteCarry adalah salah seorang daripada perunding imej yang dipilih untuk membangunkan modul ini. Ia adalah satu penghormatan kepada CuteCarry kerana dapat menyumbangkan buah fikiran untuk masa depan bidang perundingan imej Malaysia bersama-sama dengan perunding imej profesional yang telah lama bertapak. Terasa kecil sangat (walaupun badan tinggi melangit dan tidaklah kecil mana pun.gosh..I need to diet!) bila bersama dengan mereka yang lebih berpengalaman. Panel-panel lain ada diantaranya yang dah berpuluh tahun melibatknn diri dalam bidang perundingan imej atau yang dah menulis buku dalam bidang perundingan imej. CuteCarry tidak tulis buku tapi tulis blog merapu ni dan mempunyai syarikat yang telah lama bertapak. Dua hari suntuk kita memerah otak untuk membangunkan modul tersebut. Bayangkan kita bermula daripada kosong, macam-macam idea, gelak , ketawa dan juga sikit-sikit drama (guess who kan kuat drama!) tapi semuanya berakhir dengan jayanya. Seriously, I am having so much fun!!!
Nanti bila dah tua nanti, dan mungkin anak-anak uols kata… “ibu, saya hendak jadi perunding imej”, uols ingat ye sapakah antara individu terawal terlibat dalam pembangun modul ni ye”..
Bon Zainal, Suraya, CuteCarry, Cynthia, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini, Datin Azrin plus Aziah Jasmin
Berminat mendapat kan perkhidmatan perundingan imej untuk individu, talk.workshop atau sebagainya untuk swasta atau kerajaan bolehlah menghubungi CuteCarry ditalian 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com or click here for details