Pengalaman CuteCarry di sekolah Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (Taman Rashidah Utama)!
17 January 2013J Jovian Mandagie Ready to Wear peplum
27 January 2013Ramai yang ingin berubah tetapi adakah kita sebenarnya benar-benar ingin berubah?
CuteCarry ada seorang klien yang ingin mengubah gaya menjadi lebih berani, berkayinan dan menarik perhatian. Beliau adalah seorang yang wanita yang berkarier, single (last boyfriend 3 tahun lepas) dan berusia 29 tahun. Walaupun beliau dikatakan agak berjaya tetapi daripada segi penampilan agak terkebelakang. Pertama kali kita berjumpa CuteCarry mula menganalisa diri beliau dan bolehlah dikategorikan sebagai kategori klasik. Warna-warna yang dipakai adalah blue black berserta kelabu dan kasut flat dengan handbag warna coklat. Muka tanpa make up!
Gaya keseluruhan: Klasik membosankan!
Tiada kesalahan jika anda kategori klasik tetapi jika terlalu biasa memang nampak membosankan, kusam dan tidak bersemangat.CuteCarry pun bertanya bilakah kali terakhir beliau mengenakan solekan dan jawapan yang diterima agak mengejutkan iaitu:-
“3 tahun kut,lepas break up dengan my ex terus tak make up!”
Wow..itulah kuasa seorang lelaki terhadap seorang wanita. Penentu samada perempuan tersebut mahu cantik ataupun tidak.
CuteCarry pun memulakan sessi grooming dan langkah pertama ialah melawat ke almari pakaian. Tidak mengejutkan kerana pakaiannya boleh dikatakan semua agak membosankan. Umur baru 29 tahun tetapi pakaian yang tergantung seperti seorang janda kesedihan kematian suami yang berusia 45 tahun!
Peralatan Make up langsung tidak wujud.Hanya ada moisturiser.
Tudung-tudung macam yang dibeli di pasar malam harga RM5 walaupun beliau menyatakan tudung-tudung beliau itu berharga RM45..
Cabaran utama ialah untuk proses transformasi.
CuteCarry mula mencadangkan apakah pakaian yang sesuai, solekan yang menyerlahkan kecantikan beliau dan juga aksesori yang mampu menaikkan kembali saham beliau yang harganya jatuh terjunam macam krisis kewangan Malaysia akibat spekulasi oleh Georgo Soros! (nasib baik Tun M fix kepada RM3.8..eh..melalut ke benda lain pulak!)
Tetapi CABARAN utama ialah perempuan ini memang susah untuk berubah. Semua yang dicadangkan agak susah untuk diterima. Bila CuteCarry mencadangkan pakaian yang nampak korporat, dikatakan takut orang mengata, cadangkan untuk menukarkan kasut flat kepada kasut yang ada heels atau wedges yang selesa beliau kata tidak biasa, malas hendak berjalan nanti dan bila diminta menukar beg beliau yang macam makcik-makcik pergi mengaji letak telekung kepada yang beg yang nampak seperti wanita berkerjaya katanya beg beliau sekarang senang nak letak macam-macam!
Girl.. kalau semua yang dicadangkan tidak mahu diterima bagaimakan seseorang untuk berubah? Anda boleh mengupah stylist seperti Rachel Zoe tetapi jika semua yang dicadangkan tidak mahu diikuti, apakah gunanya?
Tetapi jika bila dicadangkan semuanya tidak kena, maknanya anda akan terus ketinggalan didalam arus gaya. Anda akan berada ditahap anda sekarang, tiada peningkatan
Kita perlu mendengar pandangan orang lain untuk berjaya. Perunding imej seperti CuteCarry adalah seperti doktor yang memberi konsultasi tentang penyakit. Bezanya perunding imej memberi konsultasi berkenaan dengan penampilan. Perunding imej bukan hendak pandai-pandai dan buta-buta bagi suggestions tapi berdasarkan kepada apakah yang sesuai untuk seseorang itu. CuteCarry takkan suggest orang berperangai ayu seperti Siti Nurhaliza untuk berpakaian macam eccentric Didie Alias. Kita ada penjelasan untuk setiap yang dipakai.
Berbalik kepada klien CuteCarry, akhirnya setelah CuteCarry bagi khutbah yang panjang juga waktu kita makan kat Sushi King (ayo..punyalah berpinggan-pinggan CuteCarry makan, lepas ni diet)akhirnya beliau menerima perubahan CuteCarry. Sedikit demi sedikti beliau mengenakan apakah yang dicadangkan. Walaupun tidak semua diambil tetapi beliau mula memperbaharui gaya beliau, ada sedikit warna didalam pakaian beliau. Dia jua telah mula selesa memakai kasut yang ada heels (katanya tidaklah sakit pun..selesa je) dan yang penting sekarang dia sudah mula call CuteCarry tanya mana make up.. yes..yes..yes..dia sudah mula pakai lipstick.
Perubahan beliau bukanlah dalam sekelip mata tetapi sedikit demi sedikit. Perubahan beliau mula mendapat perhatian daripada rakan sepejabat.
Paling gembira ialah katanya beliau mula dating dengan seorang lelaki ini… yeayyyyyyyyy….CuteCarry sangat gembira. Katanya lelaki tersebut muda 2 tahun.Wow..tahap cougarkah? Oppss…belum lagi tahap cougar tapi klien ini memang suka muka jambu-jambu! LOL
Perlu ada perubahan untuk berjaya…I am so happy for you.You know who you are.
*CuteCarry menulis artikel ini selepas mendapat kebenaran klien CuteCArry ini. CuteCarry hormati privasi semua pelanggan CuteCarry..
Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling dan juga untuk korporat seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, , penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini