Perwatakan yang membunuh diri (sekitar kursus bersama warga Universiti Malaya)

Ada diantara perwatakan kita yang mungkin boleh membunuh kerjaya kita.  Pembunuh ini datang dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Adakah pembunuh ini berada didalam diri anda yang anda tidak ketahui?

Antara pembunuh senyap ini ialah sikap kita.  Insan yang melantun sifat negatif sebenarnya membunuh diri secara terang-terangan. Ia akan membawa kepada penampakan didalam struktur kehidupan seharian.  Cara insan negatif ini melakukan tugasan seharian akan menyebabkan ia dipandang rendah oleh keadaan sekeliling. Insan ini kadang-kala bangga dengan sikap negatif itu. Kebanggaan ini adalah atas dasar ‘aku cakap straight forward’, ‘peduli apa?’ atau ‘ada aku kesah?’

Sebenarnya ramai yang ‘kesah’ tentang perangai insan ini. Mereka mungkin tidak mahu meluahkan apa perasaan mereka kepada anda tetapi anda harus ingat manusia boleh melupakan apa perbuatan anda pada dia tetapi dia tidak akan melupakan apa yang anda buat terhadap perasaan dia. Jika  bersikap ‘cakap lepas’ tanpa memikirkan perasaan orang lain, ia akan diingati bertahun-tahun. Buat apa hendak malu? Mungkin anda patut malu kerana ia melambangkan bukan sahaja diri anda tetapi cara anda dibesarkan atau upbringing dan refleksi kaum keluarga.

Anda berkelakuan itu kerana tegas? Fikir kembali, tegas dan kurang ajar ada bezanya.

Itu adalah antara pengisian dan kisah-kisah ‘pembunuh’ yang saya masukkan didalam kursus bersama warga Universiti Malaya. Antara pengisian lain ialah kepakaran saya iaitu penampilan, protokol dan etiket juga komunikasi. Memang seronok bersama mereka, interaksi yang bagus dan yang paling penting ‘sporting’.

Terima kasih kepada Dr Ridzuan Sagir dan warga Universiti Malaya. Ini adakah kali yang tidak terbilang saya bersama mereka. Terima kasih terhadap kepercayaan yang diberi berkali-kali.

Berminat menganjurkan kursus di tempat anda?

Kepakaran CuteCarry ialah didalam kursus-kursus untuk korporat dan kerajaan seperti perunding imej, keterampilan diri, protokol, etiket, motivasi, komunikasi, neuro linguistic programming (NLP), bahasa badan, pengendalian majlis rasmi dan sebagainya.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA