Sesi grooming bersama Mahkamah Perusahaan Malaysia (sejak tahun 1940)
10 May 2014‘Surprise nasi royale’ daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU-JPM)
17 May 2014Dare to Shine. I just love the words. It is short but with a deep meaning. In short, we must dare to shine!
CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan kursus dengan konsep Dare to Shine. Oleh itu, segala yang ditonjolkan ialah berkenaan dengan bagaimana kita untuk lebih menonjolkan diri.
Ermmm… mesti takut orang kata poyo kan kalau asyik menonjolkan diri? Mungkin ada orang yang akan mengata dan mengeji tetapi bukan semua. Berkemungkinan ia adalah pandangan kita sahaja. Orang akan kata kita poyo jika kita menonjol didalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan bukan didalalm waktu yang sesuai. Jika kita menonjol hasil daripada kerja keras dan menjalankan kerja dengan penuh ikhlas, rasanya tidak perlulah memikirkan apa yang orang lain fikirkan. Jika mereka masih mengumpat, mengutuk atau the worst of its kind, perli-perli dalam twitter or facebook, biarkanlah mereka. Berkemungkinankah mereka jealous dengan anda? We’ll never know. Jika anda tidak mahu menonjol disebabkan takut apa tohmahan yang akan dilemparkan, adakah itu berbaloi? Anda perlu menjadi diri sendiri dan memajukan diri. Jika diri gagal, adakah mereka akan membantu anda? I don’t so!
So boys and girls. DARE TO SHINE!
CuteCarry juga gembira ada diantara pelajar yang masih berhubung dengan CuteCarry dan berterima kasih kerana memberikan mereka semangat untuk terus memajukan diri. Ingat, anda semua boleh melakukannya.
Seminar Dare to Shine ini diadakan di salah sebuah hotel di Georgetown. Walaupun CuteCarry hanya tidur selama 2 jam sahaja pada malam tersebut, tetapi alhamdulillah berjaya mengendalikan seminar dengan jayanya. Perkara utama yang ditekankan ialah ABC- Appearance, Behaviour, Communication didalam kehidupan pelajar yang akan menempuh alam pekerjaan dan yang akan menyambung pelajaran. Penekanan juga diberikan kepada aspek teknik menghadapi temuduga.
CuteCarry juga memilih Miss dan Mr Dare to Shine Island College Penang. Comel diorang ni kan?
Terima kasih diatas sumbangan! Yang bersama CuteCarry ini bukan student tetapi lecturer yang memang maintain muda, sekali tengok macam student,dua tiga kali tengok pun macam student!
Tahniah diucapkan kepada Pelajar Semester Akhir Diploma Pengurusan Sumber Manusia diatas penganjuran seminar ini.
Alhamdulillah, maklumbalas positif diterima daripada peserta yang hadir.
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini