Good luck Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013
9 November 2013“Hemoi” di Kursus Imej bersama Pejabat SUK Perlis?
20 November 2013Jika CuteCarry cakap berkenaan dengan Pegawai Agama, ada yang beranggapan bahawa mereka seorang yang sangat konservatif,tidak mudah didekati dan kalau hendak bercakap mestilah penuh sopan santun dan sangat tertib bersama susun kata yang kemas.
Tetapi, sebenarnya pegawai-pegawai agama (tapi CuteCarry lebih suka panggil ustoz dan ustazoh- sebut betul-betul idrhamnya!) bukanlah seperti yang digambarkan diatas. Mereka juga seperti pegawai biasa yang sangat happening dan boleh dibawa bergurau. Itulah yang CuteCarry dapat rasakan selama dua hari bersama Pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus ini dinamakan IMAGE ABC (Appearance, Behaviour and Communication) with CuteCarry.
C for CuteCarry!!! Best dengan pegawai-pegawai ini.
I just be myself throughout the course and the accept me for who I am.
CuteCarry berpendapat itulah sikap yang sepatutnya diterap untuk pegawai-pegawai kerajaan. Mereka mestilah boleh menerima pelbagai keadaan dan juga personaliti yang berbeza. Bayangkan jika seseorang yang berperangai amat pelik datang berjumpa dengan pegawai agama untuk mendapatkan nasihat, adakah wajar pegawai itu memandang rendah terhadap orang pelik tersebut? Sudah tentu tidak. Sikap toleransi adalah kunci kepada untuk memahami manusia. Jika ada pemahaman, akan ada jalan penyelesaian.
Bersama Puan Siti Razmah, Pegawai Agama Islam , urusetia awal untuk penganjuran kursus ini. Kecil molek dan bergaya betul orangnya!
CuteCarry juga menekankan kepentingan dan tips untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai golongan juga gaya berpakaian. Bukannya susah sangat pun, cuma kena pandai mengambil tips yang sesuai dan mengamalkannya.
Kursus ini diadakan di Hotel Residence dan ia dianjurkan sepenuhnya oleh CuteCarry, daripada mendapatkan hotel sehinggalah kepada mencetak sijil. I just love my job!
Jika berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry, bolehlah berhubung di talian 019 3290397 atau email cutecarry@yahoo.com
Klik disini untuk senarai kursus yang disediakan.
Klik disini untuk senarai organisasi yang pernah mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry.