Dingin Salji di bandar purba Bursa, Turkey
20 Januari 2015Blue Mosque di Istanbul, tapi jangan salah sangka!
26 Januari 2015Kegemilangan Hagia Sophia bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Sejarahnya adalah daripada gereja Orthodox selama 900 tahun dan menjadi masjid selama 400 tahun dibawah Kerajaan Uthmaniyah. Bangunan gah ini dijadikan muzium pada tahun 1935. Ada orang yang mempersoalkan kenapakah ia dijadikan muzium? Saya mendengar penerangan daripada salah seorang orang Turki yang menyatakan disebabkan pada waktu itu ramai yang mempersoalkan berkenaan status tempat beribadat bangunan ini. Oleh itu, untuk memuaskan hati semua orang, ia dijadikan muzium. Kurang pasti sejarah dan kebenaran fakta itu tetapi itulah yang dimaklumkan.
Barisan masuk ke dalam bangunan ini amatlah panjang. Bayangkan, dikala suhu sejuk menggigit tulang, orang ramai sanggup bertahan untuk masuk kedalam muzium ini. Nasib baiklah pemandu pelancong kami membuat tempahan tiket lebih awal dan kami tidak perlu mengikut barisan itu.
Sebenarnya, saya memang sudah lama berhajat kesini tetapi keinginan bertambah membuak setelah melihat rancangan realiti pengembaraan K-pop Sistem Over Flowers dimana Lee Seung -gi membawa gabungan pelakon adik beradik Yoon Yeo-jeong, Kim Ja-ok, Kim Hee-ae dan Lee Mi-yeon mengembara ke Eropah. Mereka singgah di Istanbul dan melawat Hagia Sophia. Wishing and hoping and finally my dream comes true, I am here in Hagia Sophia!
Saya sebenarnya menginginkan masa yang agak lama untuk menikmati keindahan Haghia Sophia tetapi pemandu pelancong asyik memekik didalam alat hubungan yang dibekalkan supaya jangan lambat. Saya dan rakan sempat berjalan-jalan dengan saya yang menghayati keindahan bangunan ini. Terima kasih kepada rakan yang sabar mengambil gambar saya yang terlalu excited ini.
Bangunan ini amat disayangi oleh orang Turki. Mereka amat berbangga dengan sejarah dan rasa bertanggungjawab jika ada apa-apa perkara boleh merosakkannya. Contohnya, pemandu pelancong kami memarahi pelancong-pelancong asing (bukan Malaysia) yang menggunakan flash untuk mengambil gambar didalam Hagia Sophia. Walaupun papan tanda amaran bahawa flash boleh merosakkan gambar-gambar lukisan purba didalamnya, ada diantaranya tidak peduli.Sesuailah kena marah!
Betullah apa yang orang luar kata, antara pelancong yang paling baik dan mengikut peraturan ialah pelancong daripada Malaysia!

Door from 2 Century BC. A very old door!
HUGE!