JELAJAH UTARA CUTECARRY
10 March 2023PENGURUSAN KEWANGAN
13 March 2024Anda mesti fikir orang kurus ni paling senang nak bergaya betul tak? Tapi hakikatnya mereka juga berdepan kesukaran dalam pemilih pakaian dan aksesori ?. Salah pilih boleh buat anda nampak “sekeping” dan tak kemas. kita yang lelaki kalau baju tak “on point” pun boleh murung.
Jadi disebabkan itu CuteCarry faham dengan masalah lah
Jom baca Tips Fesyen CuteCarry: Lelaki Kurus Nampak Berisi ⤵️⤵️⤵️
1. PILIH POTONGAN SLIM FIT
Potongan yang paling serasi dengan anda yang berbadan kurus ialah potongan “slim fit”. Tak percaya? apa kata anda cuba pakai baju regular fit dan slim fit kemudian bandingkan sendiri. Mesti nampak perbezaannya. Potongan slim fit boleh buat bahu anda nampak lebih lebar dan segak??
Kami memang sarankan klien kami lelaki yang bertubuh kurus untuk pakai baju jenis slim fit.
2. TAMBAH LAPISAN PADA PAKAIAN
Nak nampak lebih smart dan mus cuba anda “mix & match” dua pakaian. Anda boleh cuba pakai baju putih beserta jaket/blazer. Mesti anda akan nampak lebih berisi dan stylo. Tapi pastikan jenis pakaian anda pakai itu selesa dan tidak terseksa. Maklumlah Malaysia ni kan panas ?
3. PAKAI BAJU BERKOLAR
Kalau anda nak pergi bersiar-siar, apa kata anda pakai baju berkolar. T-shirt kolar akan buatkan anda nampak lebih macho dan tegap. Kalau anda bukan peminat polo shirt, anda boleh pakai kemeja berkolar. Mesti handsome! Tapi pastikan potongan baju yang anda pakai tu potongan “slim fit ?
Semoga tips ini membantu anda. Para isteri bolehlah share pada suami ?
Selamat mencuba ✨