PEKELILING TERBARU ETIKET PEMAKAIAN
22 Januari 2025
Pernah tak terfikir, kenapa Tahun Baru Cina ada kaitan dengan haiwan seperti Tikus, Naga, atau Arnab ? Sebenarnya, semuanya berasal daripada tradisi lama yang berkait dengan kepercayaan orang Cina dan kalendar lunar mereka.
Ada satu cerita menarik tentang legenda Maharaja Jade. Katanya, beliau mengadakan satu perlumbaan besar untuk memilih 12 haiwan yang akan mewakili setiap tahun. Tapi, perlumbaan ini bukanlah semata-mata untuk tahu siapa yang paling laju. Ia juga menguji kebijaksanaan, kekuatan, dan strategi. Tikus, contohnya, berjaya jadi juara kerana dia bijak menggunakan taktik, diikuti Kerbau yang kuat dan setia.
Setiap haiwan ni ada isi tersiratnya tersendiri. Contohnya, Naga melambangkan keberanian, Kerbau melambangkan kerajinan, dan Arnab melambangkan ketenangan. Selain menjadi simbol, ia juga membantu kita memahami lebih mendalam tentang keperibadian diri, cara kita berinteraksi dengan orang lain, dan bagaimana sifat-sifat ini mempengaruhi hubungan seharian.
Jadi, Tahun Baru Cina bukan perayaan dan makanan sedap sahaja, tapi juga kaya dengan nilai tradisi dan simbolik yang membuatkan ia lebih bermakna.
Serikan sambutan Tahun Baru Cina anda dengan Perfume CuteCarry – haruman yang memikat dan penuh gaya, sesuai untuk melengkapkan penampilan anda di setiap perjumpaan keluarga dan majlis istimewa. Dapatkan sekarang di pautan link Shopee CuteCarry :
https://shopee.com.my/cutecarry
Selamat Tahun Baru Cina ! Semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan.