
Jualan Pakaian Dalam Secara Online Melonjak 900 %
21 April 2020
Persiapan Menjelang Awal Ramadhan
23 April 2020
Di sini dapat dilihat muka Nor Sahira telah berubah teruk semasa dia mengandung 3 bulan anaknya yang ketiga. Mukanya mula bengkak , sembap, berkedut dan hitam sedikit demi sedikit. Ini menyebabkan ramai yang menegurnya tentang perubahan pada mukanya.
Dia berkongsi, belum pernah lagi pembawakkan budak jadi seteruk ini. Dia sangat stress nak berhadapan dengan orang ramai dengan keadaannya sebegitu rupa, hanya mampu senyum tapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.
Setelah melahirkan anaknya itu, semuanya hilang sedikit demi sedikit. Alhamdulillah bengkak mula surut, hidung jadi seperti dulu kala, dan kulit semakin cerah. Dia langsung tak memakai sebarang produk untuk kembali seperti biasa. Nasib baiklah, dia juga ditemani seorang suami yang memahami, @Pendekar Laut yang tidak putus memujinya cantik untuk menyedapkan hati Nor Sahira yang sedang tertekan ketika sarat mengandung.

Jom share dengan CuteCarry, apa perubahan yang anda alami ketika mengandung? Komen di bawah tau!
p/s : Hargailah pengorbanan ibu mengandung, jangan buat mereka lagi tertekan.
Sumber : FB Nor Sahirah II