home "Inspiration", Men Fashion Pelakon Saharul Ridzwan Serik Dah Pakai Pakaian ‘BRANDED’.

Pelakon Saharul Ridzwan Serik Dah Pakai Pakaian ‘BRANDED’.

Mahu berubah demi matlamat baharu

Pelakon Saharul Ridzwan, 29 tahun, memang mempunyai mentaliti dan hobi yang mahal, dimana dia minat membeli pakaian branded yang berharga berpuluhan ringgit. Menurut Saharul, hobinya dapat memberi rasa kepuasan dalam hidupnya selepas memiliki pakaian branded. Contoh pakaian ‘streetwear’ yang selalu menjadi kegemarannya ialah Bogo, AJ’s dan Yeezy.

Selamat tinggal kepada semua pakaian berjenama mewah miliknya apabila dia telah membuat keputusan untuk menjual barangan tersebut dalam misinya memulakan kehidupan baharu.

“Semasa saya berkahwin, saya pakai AJ, masa bersanding pun pakai AJ. Mungkin korang tak faham sejauh mana minat kami dalam streetwear,” katanya.

“Apabila anda tahu nilai setiap sen yang anda perolehi setiap hari anda akan mula berfikir tentang masa depan dan kepentingan keluarga. Tunggu apa lagi, kena bertindak sekarang!”

p/s: Memang cool pakai pakaian branded tetapi beringatlah dalam berbelanja.

Konsep untuk memiliki pengurusan kewangan yang bijak :

  1. Bayar segala hutang, bil dan komitmen lain
  2. Buatlah simpanan
  3. Selebihnya, baru boleh shopping

With Love,
Hafiz CuteCarry

Comments

comments