TRAINING PALING STRESS DALAM SEJARAH
23 Ogos 2016Berkorban di Cambodia dan Sri Lanka?
14 September 2016Salam Merdeka diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Selama 59 tahun negara berdaulat dan disulami pelbagai cabaran. Persoalannya adakah kita MERDEKA?
Saya telah MERDEKA bila saya mula membuat apa yang saya suka. Permulaan kepada pencarian episod hidup MERDEKA memang susah. Dorongan untuk mengalah kadang kala terlalu kuat dan saya pernah merasa goyah. Cabaran dan dugaan ini sebenarnya adalah menyediakan saya untuk mencapai apa yang saya inginkan.Saya telah menyenaraikan apa yang saya kehendaki pada setiap awal tahun. Kehendak sentiasa berubah dengan darjah kehendak semakin tinggi cita-cita. Alhamdulillah kebanyakan yang saya inginkan telah tercapai. Beberapa perkara yang belum dicapai mungkin memerlukan sedikit masa lagi. Positif sentiasa tertanam didalam benak saya.
Jika saya mengendalikan kursus saya sentiasa menanamkan rasa positif, penuh etika dan pembangunan diri didalam setiap modul. Saya tidak ingin jadi seperti penceramah yang hanya memberikan ceramah mengikut modul kemudian dilupakan. Impak maksima untuk peserta yang hadir. Bukan semua peserta boleh saya bentuk, tetapi saya cuba. Peserta yang hadir akan memberi respon jika perkara yang dibentangkan kena dengan hidup mereka. Setiap kursus yang saya anjurkan, daripada Imej, protokol, komunikasi, motivasi, Law of Attraction, NLP, pembangunan diri aspek perubahan hidup akan dititikberatkan. Puas hati bila setiap kali kursus peserta menghubungi atau memberi komen didalam laman sosial tentang perubahan yang telah mereka dapat. Semua orang boleh berubah.
Sifat ingin berubah adalah langkah awal untuk mencapai MERDEKA.
Kursus masih dibuka untuk semua. Boleh berhubung dengan saya untuk membuat modul yang sesuai. Kami akan bantu untuk organisasi anda berubah.
Layari cutecarry.com atau hubungi 019 3290397 atau 012 4733545 training@cutecarry.com
Saya telah diamanahkan oleh Institute for Medical Researach (IMR) untuk memberi sinar perubahan pada peserta melalui Kursus CERMIN DIRI.
Dua sesi telah dijalankan di CuteCarry Academy. 6 hari bersama IMR.
Kenduri pizza di CuteCarry Academy.
Dominos Pizza for the participants..