CuteCarry di Auditorium Jabatan Perdana Menteri (JPM)
20 Februari 2014‘Last minute’ job – Malacca for Universiti Malaya
24 Februari 2014Always come early if you want to get an absolutely fast and efficient service.My number 0001!!! Iam a happy client!
Kita selalu mendengar berkenaan rungutan daripada pihak pelanggan mengenai sikap kakitangan atau pegawai yang kurang. Ia meliputi pelbagai jenis sikap kurang ajar samada daripada segi cara percakapan ataupun bahasa tubuh. Tetapi adakah benar mereka kurang ajar ataupun sengaja diadakan-adakan?
Jika anda mendapat laporan mengenai kakitangan yang kurang ajar walhal bila berhadapan dengan anda, orang yang dikatakan kurang ajar bersopan santun dan berbudi bahasa. Sukar untuk kita percaya tetapi aduan yang pelanggan buat janganlah dibiarkan begitu sahaja. Ia haruslah disiasat dan kemudian tindakan yang sewajarnya haruslah diambil.
Jika kakitangan tersebut didapati bersalah, permohonan maaf perlulah dilakukan dan juga kakitangan tersebut di nasihat atau tindakan sewajarnya diambil.
Persoalannya disini adakah benar kakitangan tersebut kurang ajar ataupun dia tidak tahu yang dia melakukan kesalahan? Tidak tahu bermaksud yang individu tersebut tidak sedar yang apa yang dilakukan adalah menyinggung hati pelanggan. Contohnya
Situasi 1
Seorang kakitangan menjawab ‘tak tahu’ untuk setiap pertanyaan yang dilontarkan kerana urusan tersebut bukan dibawah urusan beliau. Beliau mungkin tidak bermaksud untuk bersikap negatif tetapi cara jawapan yang diberikan adalah salah.
Situasi 2
Ia berlaku pada CutCarry disalah sebuah organisasi di Kuala Lumpur. Pegawai yang menjaga kaunter khidmat pelanggan melemparkan kad pengenalan CuteCarry semasa urusan penyerahan pas keselamatan. Beliau mungkin tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar tetapi mungkin sudah menjadi kebiasaan dan begitulah cara beliau melayan pelanggan.
Situasi 3
Suara kakitangan yang acuh tidak acuh ketika menjawab telefon. Adakah beliau memang jenis sedemikian ataupun tidak?
Antara salah satu sebab ia berlaku ialah kurangnya latihan. Ia bukanlah boleh diubah dalam masa sehari tetapi memerlukan perubahan secara beransur-ansur. Pengalaman CuteCarry menjadi pegawai perhubungan awam dan menguruskan sekumpulan pegawai khidmat pelanggan banyak membantu didalam hal ehwal perhubungan awam. Ia tidak ada diajar didalam buku.
Kursus perhubungan awam atau khidmat pelanggan adalah salah satu kursus yang ditawarkan.
More info on training by CuteCarry call 0193290397 or email cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini