
Menyesal Buat Sulam Bibir
1 August 2019
What Does One Wear to “Go Night Out” in This Year?
9 August 2019Malaysia memang tidak dapat lari dengan cuaca yang panas terik, bagi penjagaan dan kesihatan mata, anda perlu memakai cermin mata gelap (sunglasses) untuk melindungi mata daripada silau cahaya mahupun sinaran UV matahari.
Memang tidak dinafikan bahawa harga sunglasses original atau berjenama amat mahal harganya ada yang dari ratusan ringgit hingga ke ribu-ribu. Ramai merungut harganya boleh buatkan wallet koyak, jadi mereka ambil langkah mudah, dimana mereka hanya membeli sunglasses murah atau lebih teruk, yang palsu. Awas! Pakai sunglasses murah boleh buat mata anda rosak!
APA BEZANYA SUNGLASSES ORIGINAL DENGAN YANG PALSU?
Original :
• Mahal kerana ia memberi perlindungan menyeluruh dengan baik dimana ianya mempunyai tahap saringan atau penapisan cahaya yang ditetapkan.
• Bukan hanya melindungi mata daripada cahaya matahari , malah menghalang sinaran 100% cahaya UVA/UVB dan infra merah.
Palsu :
• Murah kerana tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi dimana tidak mencapai standard penjagaan mata.
• Gagal menahan cahaya UVA/UVB masuk ke dalam mata terutama ketika panas terik.
• Hanya diwarnakan gelap atau dicelup dalam warna gelap, sebenarnya tidak berupaya menyerap sinaran berbahaya.
AKIBAT PAKAI SUNGLASSES PALSU?
• Sakit kepala
• Kanser mata
• Astigmatisme (penglihatan yang kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh, dimana retina rosak dan berlakunya masalah katarak, kesan radiasi sinaran UV.
• Risiko kanser kulit di sekitar kelopak mata akibat penerimaan cahaya berlebihan tanpa pelindungan sewajarnya.
• Mata berasa tidak selesa, mudah menjadi merah dan sukar menghilangkan habuk yang melekat.
Untuk keselamatan, pilihlah sunglasses yang berkualiti yang mempunyai pelindungan UV yang sempurna.
With Love,
Hafiz CuteCarry
#tipscutecarry #original #palsu #sunglasses #cerminmatahitam #shades #cutecarry #imageconsultant #perundingimej