home Training AMBOI, MAKIN MENYERLAH IKON CUTECARRY!

AMBOI, MAKIN MENYERLAH IKON CUTECARRY!

DULU MALU-MALU, SEKARANG DAH HEBAT!

Tahniah kepada Pn Latiffah Wahid, Alumni Super Image Consultant (Train the Trainer) yang akan tampil berkongsi dalam BePRO – Bengkel Mengurus Cukai yang akan diadakan pada 23 April ini di Taman Bangi Avenue, Kajang. 

Bagi mereka yang berminat nak belajar bagaimana nak uruskan cukai? Boleh join bengkel bersama Pn. Latiffah, okayy! 

IMPIAN BUKA SPA DAH JADI KENYATAAN!

Tahniah kepada Noraini Mohd Razeli II, Alumni Super Image Consultan, Train the Trainer (01/19) yang telah berjaya membuka Aurraa Spa by NMR Beauty & Wellness Centre pada 2 April yang lalu.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Team Terapis ladies Aurraa Spa by NMR Beauty & Wellness Centre bersama Doc Zai Pakar Saraf dan crew crew Pakar Saraf Zai.

Kepada yang ingin dapatkan rawatan saraf (Wanita/ Lelaki), Urutan Ikhtiar Hamil, Urutan belaian Baby, Urutan Traditional dan banyak lagi. Jemput ke Aurraa Spa di Carlton Hotel Shah Alam. Selangor

KESUNGGUHAN DAN KEYAKINANNYA TERSERLAH

Tahniah kepada Norlizan Jaafar , Alumni Super Image Consultant, Train the Trainer (01/19) telah tampil yakin mengendalikan Bengkel Solekan & Penampilan Diri yang diadakan baru-baru ini, di mana telah berkongsi teknik-teknik penjagaan kulit, make-up day & occasion makeup, serta ‘image grooming’. Pemilik Amalya Amanda Beauty & Spa Academy, Norlizan juga telah bekerjasama dengan Ikin Ikirdz Make up & Artistry Academy untuk menganjurkan bengkel ini.

LUASKAN KUASA CUTECARRY DI PANTAI TIMUR

Congrats to Pn Hayati Awang & Pn Elyana Mustafa, Alumni Super Image Consultant (Train the Trainer) yang telah tampil berkongsi ilmu dalam Kursus Pemantapan dan Kualiti Staf Ziq Bakery & Cake, semalam di Ziq Bakery & Cake Akademi, Terengganu.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

CONFIDENCE IS BEAUTIFUL!

Congratss! To our gorgeous Datin Cleopatra Clare Asing 💃 – 👏👏 kerana telah berjaya dinobatkan sebagai The Elite Mrs Borneo International Ambassador 2019 👑
‘TKS Celebration of 10 years Anniversary in Malaysia’ 🇲🇾

Dan baru-baru ini, Datin Claire telah menjadi antara speaker yang akan tampil dalam Seminar Kecemerlangan Wanita Bekerjaya sempena Minggu Setiausaha 2019. Topik yang akan dikupas pada 26 April ini adalah mengenai Imej dan Penampilan.

Semoga apa yang telah dipelajari bersama CuteCarry dimanfaatkan bersama orang ramai. Good Luck, Datin Claire!


Elite Mrs Borneo International Ambassador 2019 

Datin Cleopatra Clare Asing 💃
Antara speaker yang turut terlibat

BERPUAS HATI CLIENTNYA! MUKA NAIK SERI

Tahniah kepada Hazini Yazid, alumni ‘Super Image Consultant’ (TTT) yang telah berjaya mengadakan ‘personal coaching’ bersama clientnya baru-baru ini.

“Client yang cantik manis ni menggunakan khidmat saya dalam pemilihaan warna tudungnya. Seorang motivator dan perunding pembangunan wanita dan islamiah di Terengganu…”

“Kini dah bertukar imej dari segi pemilihan warna tudungnya. Warna tone kulit Puan ni tergolong dalam warna ‘Pale and Dusty’. Aura serinya jelas menyerlahkan lagi kelembutan wajah dan penampilannya sekarang..Alhamdullilah.” – Hazini Yazid

Perbualan bersama clientnya

MENGORAK LANGKAH BERSAMA CUTECARRY!

Tahniah kepada Lina Ariff dan Haslizawati Jaja, alumni Super Image Consultant (Train the Trainer) 01/19, yang telah tampil yakin sebagai ‘speaker’ untuk slot pagi bersama auditors di Akademi Audit Negara dengan topik Seni Pengucapan Awam & Tutorial Makeup.

“Bila ada mentor yang progressive, mentee dididik sebaiknya…Thank you CuteCarry Tuan Hafiz Mustapha for the opportunity”. 
(Lina Ariff, Alumni TTT)

Nak berjaya seperti Lina Ariff & Haslizawati ?? 

Berganding bahu mengendalikan seminar di Akademi Audit Negara

SEMAKIN HEBAT DEPA ‘BUAT DUIT’ !

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Mira Abd Aziz, Alumni Super Image Consultant, Train the Trainer.

“Alhamdulillah selesai sudah program di Port Dickson dengan kerjasama oleh Associate Trainer Pn Nora Idris untuk Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat 2019.
Terima kasih kepada penganjur di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan..
Sambung aktiviti teambuilding maka berkampung lah di Port Dickson 12 April-15 April … 😘”

“Saya telah ditauliahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Ini telah mengukuhkan kedudukan beliau didalam industri kerana telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bukan senang nak dapat persijilan ini. Ia memerlukan ilmu, usaha dan kesungguhan. Tetapi bukanlah terlalu sukar jika ada mentor yang membimbingnya. Kini, saya aktif sebagai perunding imej dan menghasilkan produk kecantikan sendiri”. – ( Mira Abd Aziz)

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor
Program di Port Dickson dengan kerjasama oleh Associate Trainer Pn Nora Idris
Image may contain: 3 people, people smiling
Peserta program yang telah dijalankan
Mira Abd Aziz, perunding imej

MORE AND MORE SHARING!

“Terima kasih En. Hafiz Mustapha atas segala perkongsian ilmu buat Kakleh juga TTT yang lain. Ilmu yang takde ruginya sebanyak mana pun kita laburkan duit. Lagi banyak kita berkongsi lagi banyaklah rezeki yang kita dapat. Terima kasih juga #teamcutecarry yang rajin bagi semangat setiap hari”. – ( Leha Rais)

Bersemangat Leha Rais berkongsi ilmu
Setelah mendapat tips daripada Hafiz CuteCarry, terus rancak berkongsi mengenai Mix & Match

PERUBAHAN YANG MEMBINA AURA POSITIF

“I just realized that I’m not the same person in term of dressing up comparing to 20 years back. Tapi now, I’m very careful in selecting what I wear. I am now opting for a more classic and sharp look because I want to be branded as such. Self branding. Bukan makcik bawang klasik style ya” 🤣🤣 …

“Well.. actually I just finished a 4 hour session of Personal Image Coaching..
Really love doing this. Finally feel that all my shoes, handbags, clothes, accessories have a purpose.. dah macam library. Semua ada. hope my clients are happy with the tips that I’ve shared today. Dari hujung rambut sampaila hujung kaki. Siap makeover bagai!”. – (Martina Jasoffa Keong)

Personal coaching bersama clientnya

DARI MAKEUP ARTIST SEHINGGALAH JADI PELATIH KEMAHIRAN

“Lebih 20 tahun Kak Naza menjadi seorang perunding imej dan perlukan perubahan. Hidup takkan berubah jika kita tidak belajar. Selepas menyertai TTT Super Image Consultant 1/2016, Kak Naza mula merangka pelan kerjaya”.

“Kini Kak Naza bukan hanya sibuk sebagai make up artist dan penceramah imej korporat. Kak Naza telah menjadi Pelatih Kemahiran lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan  Malaysian Qualification Accredaition. Ia adalah lonjakan kerjaya yang amat besar”. – ( Nazariah Taharim)

BEKAS PRAMUGARI DAN KINI SEORANG PTD YANG SERBA BOLEH!

“Sebagai seorang bekas Pramugari Malaysia Airlines, saya memang terlatih didalam grooming diri. Tetapi kini saya bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ruang lingkup kerjaya PTD berbeza kerana kini saya kena berhadapan dengan VVIP seperti ahli politik dan delegasi luar negara. TTT Super Image Consultant banyak membantu saya menyelesaikan masalah ini. Kini, saya bertambah yakin dan selalu dipertanggungjawabkan untuk mewakili kementerian untuk acara dalam dan luar negara. Saya juga ada mengendalikan seminar imej and I loved the experiences”. – (Diana Sim)

BUSINESS WOMEN PERLU BIJAK SUSUN STRATEGI

Saya adalah pemilik Spa kecantikan Jemari Studio. Banyak yang saya belajar bersama En Hafiz. Antaranya ialah berkenaan pengurusan imej dan warna kulit yang saya gunakan untuk konsultasi pelanggan. Ilmu penjenamaan dan pemasaran juga amat berguna untuk menguruskan 3 cawangan Jemari Spa”. – (Sharifah Salmah)

SO PROUD OF YOU! MISS UNIVERSE MALAYSIA 2018 !

“Usia saya yang muda menyebabkan saya kurang yakin dan pemalu. Tetapi saya tekadkan diri untuk menyertai TTT Super Image Consultant. Keyakinan yang saya perolehi membuatkan saya menyertai Miss Universe Malaysia 2018 dan berjaya mendapat gelaran “Most Inspiring”. Hadiahnya ialah biasiswa penuh untuk program Master di salah sebuah universiti swasta.  Kini saya bertugas didalam syarikat pengendali latihan. Terima kasih En Hafiz diatas bimbingan yang diberikan”. – (Dahinoor John)

DAHAGAKAN ILMU DAN KINI DAH ADA BISNES SENDIRI!

“Saya ada menyertai beberapa seminar Imej tetapi TTT Super Image Consultant adalah antara yang paling saya banyak belajar. Saya juga dapat berhubung dengan ramai kawan baru yang terlibat didalam bidang yang sama. Kini, saya juga menjalankan perniagaan sendiri”. – ( Azie Sam)

Alhamdulillah. Semoga Berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi dan Selamat Maju Jaya kepada semua Alumni Super Image Consultant – Trainer the Trainer bersama CuteCarry!

Keep on supporting us! Thankyou very much.

With Love, Hafiz CuteCarry 🙂

Comments

comments