TIPS TONJOL KARISMA DIRI DALAM 2 SAAT
30 May 2016RASA NAK PATAH TULANG KELILING MALAYSIA DALAM TUJUH HARI
3 June 20165s dan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) mempunyai persamaan dan perbezaan.
Saya adalah seorang penceramah 5s dan telah berpengalaman selama lebih kurang 8 tahun. Ada yang kata 5s tak relevan lagi didalam bidang sektor kerajaan kerana digantikan dengan EKSA.
Betul ke dakwaan itu dan adakah sistem 5s terlalu teruk sehingga terpaksa digantikan dengan sistem baru?
Saya telah meneliti dokumen EKSA dan saya tersenyum. Sebenarnya amalan EKSA adalah penambahbaikan 5s. Tetapi secara sejujurnya sejak daripada dahulu saya telah mengamalkan semua amalan dalam EKSA didalam bimbingan 5s saya.
Sama seperti EKSA, 5s dibawah bimbingan saya menekankan konsep korporat. Saya lenyapkan unsur-unsur gantung-gantung atau lekat-lekat seperti tadika. Saya pun kurang pasti konsep ‘tadika’ tu datang daripada unsur apa. Sepatutnya jika ada sistem pejabat lebih kemas bukan serabut.
Bukan semua benda perlu dilabelkan. Tidak perlulah dilabelkan televisyen, peti ais, peti sejuk dan segala bagai perkara. Label hanya perlu seperti kedudukan berubah dan memudahkan penyusunan semula.
Saya juga menggalakkan penggunaan barang terpakai atau konsep kitar semula ‘recycle’. Banyak penjimatan boleh dilakukan. Sebagai seorang pencinta alam saya amat gembira kerana dokumen EKSA menekankan perkara tersebut. Jika hendak tahu kenapa semua beg saya besar-besar ialah kerana saya kurang menggunakan beg plastik jika membeli belah. Beg plastik tidak baik untuk alam sekitar.
Kedua-dua nya adalah untuk memberikan kelebihan daripada segi kecekapan, menjimatkan ruang dan masa juga pendekatan secara holistik.
Saya telah dijemput oleh syarikat swasta dan kerajaan untuk mengendalikan ceramah 5s dan EKSA.
Top Thermos Manufacturing di Shah Alam. Kilang ini adalah pembuat termos yang terbesar di Asia (mungkin di dunia!). Gembira bila bersama dengan pekerje disini.
Kursus EKSA untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program Branding Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bersama warga Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.
Pelbagai teknik 5s dan EKSA telah dikongsikan bersama dengan peserta semua.
Kursus ini juga diselitkan dengan penjenamaan organisasi, hiasan dalaman (interior decoration) dan juga motivasi.
Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry hubungi 0193290397 atau training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com