Kesenangan tidak akan datang jika kita sentiasa bersedih. Apalah guna segala kekayaan, kesihatan terbaik, kawan yang ramai tetapi kita bersedih.
Jika anda bersedih salah satu cara untuk mengurangkan kesedihan itu adalah sentiasa bersyukur.
Jika anda sedih tiada duit, bersyukur dengan duit yang sedikit sebab ada orang yang langsung tiada duit sampaikan hendak makan maggi pun tak mampu.
Jika anda kecewa dengan bos atau persekitaran tempat kerja anda, bersyukur sebab anda masih ada kerja didalam keadaan ekonomi sekarang. Bayangkan orang-orang yang telah dibuang kerja disebabkan oleh situasi semasa.
Jika kecewa tidak dapat mencapai kejayaan seperti orang lain, bersyukur sekurang-kurangnya anda telah mencuba sedaya upaya.
Jika kita bersyukur satu persatu kebaikan akan hadir dalam hidup kita.
Saya telah diberi kesempatan untuk berkongsi teknik bersyukur didalam Seminar bersama UMW Corporation Sdn Bhd bertajuk LAW OF ATTRACTION atau Daya Tarikan.
Thank you very much!
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Leave a Reply