Penghujung tahun 2018 di Mekah dan Ethiopia.
2 January 2019SIAPA KATA PENJAWAT AWAM ‘PEMALAS’ ?
24 March 2019Mengantuk sungguh bila kena hadir sesuatu mesyuarat atau seminar dan penceramah atau pengerusi sangat membosankan. Ini ditambah pula dengan topik yang kita rasa membosankan. Ini adalah ‘double bosan’. Tetapi saya tidak salahkan penceramah yang dilabel membosankan itu. Ia berkemungkinan target audiens tidak tepat dan juga beliau kurang berpengetahuan tentang audiens.
Acapkali saya ditanya berkenaan dengan perkara ini. Bagaimanakah untuk menjadi seorang penceramah yang tidak membosankan. Setiap kali seminar saya dijalankan, tempat akan penuh dan peserta mendapat impak. Saya menggunakan beberapa teknik agar ceramah dan seminar saya lebih efektif. Saya gelarkan ia 7 PILLAR OF PRESENTATION atau 7 TUNGGAK PERSEMBAHAN.
- Tunggak 1: KENALI PESERTA (KNOW YOUR AUDIENS)
Umur, generasi, Pendidikan, latarbelakang dan pekerjaan memainkan peranan didalam persembahan. Teknik mengenali peserta ini boleh dijalankan sebelum dan semasa persembahan.
- Tunggak 2: STRUKTUR PERSEMBAHAN (PRESENTATION STRUCURE)
Seminar berbeza audiens atau topik memerlukan struktur persembahan berbeza. Audiens golongan pelajar universiti tidak sama dengan mereka yang telah bekerja.
- Tunggak 3: Visual dan alat bantuan
Bahan bantuan latihan bukanlah hanya sekadar apa yang dipaparkan di skrin tetapi lebih daripada itu .Visual yang professional tetapi lebih dekat dengan audiens. Berlaianan audiens memerlukan visual berbeza. Bukan semua orang boleh memahami carta pai!
- Tunggak 4: Teknik pengulangan (Repetition technique)
Ingat mengingati berulang kali untuk memberi lebih pemahaman kepada audiens. Tetapi pengulangan yang salah akan menyebabkan audiens bosan dan seterusnya tidak meninggalkan impak.
- Tunggak 5: Teknik penceritaan (Story telling technique)
Audiens lebih berminat dengan penceritaan. Teknik ini memerlukan kemahiran supaya cerita sampai kepada sasaran audiens. Cerita berbeza mengikut audiens yang hadir.
- Tunggak 6: Dekat dengan audiens (be relatable)
Teknik ini adalah supaya audiens dapat menerima penceramah. Hasilnya topik atau maklumat yang cuba disampaikan akan mudah diterima oleh audiens.
- Tunggak 7: Penjenamaan Penceramah (Branding)
Jenama membezakan antara satu produk dengan yang lain. Penceramah seharusnya mempunyai jenama tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan orang lain.
Saya telah kongsi teknik-teknik ini dan juga banyak teknik lagi di Program Train the Trainers. Teknik yang pasti mendapat tempat dihati audiens. Ia boleh digunakan sewaktu ucapan, membentangkan proposal sehingga ketika bermesyuarat.
CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan seminar di seluruh negara. Banyak lagi sebenarnya, nanti saya update ye.
Karvinal Usahawan Tahunan Perlis. Terima kasih orang Perlis. Mula-mula risau juga takut orang tidak datang sebab sesi pagi. Tetapi ramai yang datang sampai ada yang bercuti, ambil cuti, tinggalkan urusan dan keluar pejabat untuk jumpa dan dengar talk Hafiz CuteCarry
All the efforts make me want to work harder to deliver the best?
Terima kasih MARA PERLIS, Koridor UTARA dan semua yang terlibat!
Meriah kan?
Hafiz CuteCarry bersama PUSPANITA SELANGOR.
Seminar IMEJ bersama PADAT SELANGOR
2 hari bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
SEMINAR PENGURUSAN DAN PENGACARAAN MAJLIS BERSAMA MAJLIS DAERAH HULU LANGAT
LAW OF ATTRACTION BERSAMA MEA PERAK
Terima kasih semua..
Berminat mendapatkan perkhidmatan daripada CuteCarry bolehlah email di
training@cutecarry.com atau cutecarry.cc@yahoo.com
019 337 6807
019 328 0397
03 8940 6807
cutecarry.com
To cancel click here, to edit your subscription click here.