Merunding Imej Usahawanita Berjaya Untuk Nona TV3
16 January 2018CuteCarry jadi emcee?
5 February 2018Adab menentukan samada seseorang akan dihormati atau tidak. Rakyat Malaysia dikenali sebagai bangsa yang bersopan santun tetapi adakah benar kita sopan santun? Jika ketika dahulu, kita dihormati kerana rakyat yang baik dan boleh dipercayai, Malangnya ia makin tercemar dengan sikap pelik dan jelik warga kita didalam dan diluar negara. Saya pernah mendapat layanan dibawah aras lulus ketika berurusan di kaunter satu organisasi. Petugas yang menjaga kaunter tidak memberi ucapan selamat, tiada senyuman terukir dan menjawab dengan ayat-ayat malas bila ditanya. Kes yang tidak boleh saya lupa ialah dia ‘membaling’ kad pengenalan saya diatas kaunter ketika saya menukarkannya kembali dengan kad akses. Terkejut pun ada ketika itu.
Tetapi naluri saya kuat menyatakan bahawa mereka bukan sombong tetapi tiada siapa yang memberitahu apa yang perlu dibuat. Kurang panduan diberi dan menyebabkan organisasi terpalit dengan negatif kerana mereka berada di barisan hadapan. Pengurusan pelanggan adalah latihan yang diberikan secara berterusan.Organisasi juga perlulah mempunyai prosedur bertulis (standard operating procedure – SOP) yang mudah difahami oleh golongan yang menjaga barisan hadapan. SOP yang ‘syok sendiri’ dihasilkan oleh pengurusan yang kurang peka.
Ada yang menyalahkan golongan muda. Adakah golongan muda terlalu teruk?Mungkin ya mungkin tidak. Baca sahaja komen-komen golongan muda didalam media sosial. Jika arwah nenek saya masih ada, mesti dia mengucap panjang. Tetapi kadang kala golongan tua tidak menunjukkan contoh untuk dijadikan idola. Jangan mimpi hendak dihormati jika tiada adab
Generasi 2018 berbeza dengan Generasi 2008. Bersedialah untuk berubah.
Berbicara mengenai berubah, CuteCarry pun berubah bila bersama dengan Generasi muda. Mereka semua hormat CuteCarry.
C for CuteCarry bersama peserta Pencarian Bintang RTM untuk Penjenamaan Imej Bintang RTM.
Setiap tahun cutecarry dijemput untuk memberikan seminar ni. Tqvmmm tau.
Salah seorang daripada mereka mungkin akan menjadi bintang yang amat berjaya. So watch out!
UPM MTDC ENTREPRENEUR GROOMING & BRANDING SEMINAR with CuteCarry. Mereka adalah lepasan penuntut Politeknik yang dipilih menyertai program ini. Muda dan cerah masa depan jika diasuh dengan betul.