Nizam OKU paling berjaya!
4 April 2017REKAAN TUDUNG SAJI NI RUNWAY LOOK lah.. bukannya nak jual!
5 April 2017
Ramai followers dan clients lelaki CuteCarry suka sangat baju Pola. Ia dianggap klasik. Harga satu t-shirt pola pun beratus RM. Tetapi kita ada satu berita iaitu…
RALPH LAUREN Corp akan menutup flagship store di Fifth Avenue, New York dan beberapa lokasi di Amerika untuk mengurangkan kos. Wah.. jika flagship store pun ditutup ini bermakna mesti dah teruk kan? Situasi ini berlaku di Amerika kerana trend pembeli disana kurang membeli pakaian dan aksesori. Bukan Ralph Lauren sahaja yang terkena tempias ini tetapi banyak lagi label mewah. Penutupan butik ini mungkin disebabkan pembeli mula beralih kearah pembelian online.
Situasi ini berlaku di Amerika, di Malaysia mungkin berbeza. CuteCarry pun jarang dapat invitation untuk ke event Ralph Lauren, dulu ada juga…
Sebenarnya banyak label di bawah Ralph Lauren seperti Ralph Lauren Women’s Collection and Ralph Lauren Purple Label, Ralph Lauren Watch & Jewelry Co, Polo, Ralph Lauren, Polo Sport, Double RL, Lauren Ralph Lauren, Ralph by Ralph Lauren, Polo Golf and RLX Golf, Pink Pony,Club Monaco, American Living dan banyak lagi. Label-label ‘low end’ dibawah Ralph Lauren juga menghadapi persaingan daripada H&M dan Zara.
Beberapa tahun lepas baju Polo menjadi kegilaan orang Malaysia. Ia seakan trend yang melanda, seperti ramai yang pakai top Kenzo tahun 2016 tetapi kegilaan terhadap Pola T-shirt berkolar lagi hebat. Tetapi, ia adalah trend, ia datang dan pergi…